FPPSK UMPSA  

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

LATAR BELAKANG

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awan Bilangan 2 Tahun 2002. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang pada sepanjang tahun dinilai. Anugerah ini terbuka kepada semua staf sama ada tetap ataupun kontrak yang telah genap setahun penuh perkhidmatan pada hari terakhir penilaian dengan mendapat markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 90 peratus. Pemilihan dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia. Kuota Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah dihitung berdasarkan kepada jumlah 8 peratus daripada jumlah staf aktif pada tahun semasa.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Menghargai sumbangan cemerlang yang diberikan oleh staf;
  • Menjadi contoh kepada staf lain; dan
  • Menanam budaya kerja cemerlang.

KRITERIA

  • Mendapat markah penilaian 90 peratus dan ke atas;
  • Tempoh perkhidmatan telah genap setahun pada tahun penilaian;
  • Staf tetap dan kontrak;
  • Bebas daripada pertuduhan, aduan atau tindakan tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini dari tarikh akhir tahun penilaian (31 Disember);
  • Mempunyai rekod disiplin kehadiran yang baik sepanjang tahun penilaian berakhir 31 Disember; dan
  • Sumbangan staf kepada jabatan, universiti, komuniti, daerah, negeri dan negara.

INSENTIF DAN HADIAH

  • Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan
  • Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000.00.

PENILAIAN

  • Dinilai atau dipilih oleh Panel Penilai Peringkat PTJ (Jawatankuasa Pra-APC) berdasarkan kepada kriteria; dan
  • Disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM).

PENYELARAS ANUGERAH

En. Mohd Nazmi bin Sahdan
Eksekutif Kanan
Jabatan Pendaftar
094316353
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ANUGERAH E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI

LATAR BELAKANG

Anugerah e-Pembelajaran Universiti (APU), yang dimulakan oleh Pusat Pengajaran Sumber dan e-Pembelajaran (CIReL), Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA), merupakan salah satu anugerah tahunan berprestij Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk e-Pembelajaran.

ANUGERAH E-PEMBELAJARAN

 Terdapat dua kategori:

  • Anugerah e-Pembelajaran Fakulti/Pusat
  • Anugerah Micro Credentials

Anugerah ini menghargai sumbangan penting fakulti dan pusat kepada kejayaan e-pembelajaran UMPSA. Penghargaan ini melambangkan komitmen berterusan untuk kecemerlangan sekaligus memupuk inovasi dalam teknologi pendidikan. Ia juga memberi inspirasi kepada Subject Matter Expert (SME) bagi inovasi pengajaran & pembelajaran serta komuniti UMPSA.

Matlamat bagi penganugerahn ini adalah untuk memupuk budaya e-pembelajaran yang inovatif, serta kreativiti dalam pendekatan pedagogi. Anugerah yang berprestij ini juga dapat mengukuhkan identiti UMPSA dalam mencapai kecemerlangan, sekaligus dapat meningkatkan reputasi universiti dan mempamerkan kesungguhan dan dedikasi warga UMPSA untuk membentuk masa depan pendidikan melalui teknologi dan akademik.

OBJEKTIF ANUGERAH E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI (APU) 

  • Mengiktiraf kecemerlangan, kepakaran dan pengamalan terbaik bagi e-pembelajaran oleh warga akademik UMPSA yang berfokuskan kepada inovasi pengajaran dan pembelajaran.
  • Menginspirasikan inovasi dan meningkatkan akses serta fleksibiliti ahli akademik dalam inovasi teknologi pendidikan UMPSA, terutamanya untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  • Menggalakkan staf akademik UMPSA mempertingkatkan usaha memupuk kecemerlangan modal insan berkualiti melalui pengajaran, penyeliaan, pembelajaran dan banyak lagi.

INSENTIF DAN HADIAH 

  • Anugerah E-Pembelajaran UMPSA

            Kategori Fakulti/Pusat           
            RM1,000.00, Trofi dan Sijil Penghargaan

  • Anugerah Micro Credentials UMPSA 

            Kategori Individu/Kumpulan
            RM500.00 dan Sijil Penghargaan

ANUGERAH KECEMERLANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (AKKKP)

LATAR BELAKANG

Sebagai sebuah universiti awam (UA) yang turut menghasilkan graduan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), UMPSA telah menjadikan KKP sebagai salah satu di antara agenda utama universiti. Anugerah ini telah dikenal pasti sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan pelaksanaan KKP pada peringkat jabatan selaras dengan sasaran KKP UMPSA bagi membentuk budaya KKP yang proaktif dalam kalangan warga UMPSA.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Mengiktiraf peranan dan usaha penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan oleh jabatan dalam membentuk dan menambah baik persekitaran kerja agar lebih selamat, kondusif dan tanpa risiko kesihatan kepada warga UMPSA;
  • Meningkatkan tahap kepuasan bekerja warga UMPSA yang akan diterjemahkan dalam bentuk peningkatan produktiviti, penyelidikan, kualiti kerja dan kualiti graduan; dan
  • Mengiktiraf komitmen dan usaha keras Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) – jabatan dalam melaksanakan agenda KKP UMPSA.

KATEGORI ANUGERAH

  • Kategori Pentadbiran (Pejabat)
  • Kategori Fakulti dan Makmal
  • Kategori Residen Pelajar
  • Kategori Ketua PTJ/ RP Terbaik

INSENTIF DAN HADIAH

  • RM9,000.00 (Mengikut Kategori)
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

PENILAIAN

Anugerah ini dinilai oleh pihak OSHMO melalui sesi Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMPSA.

PENYELARAS ANUGERAH

En. Khairul Adlan bin Ismail
Bahagian Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
09-4316765
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ANUGERAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

LATAR BELAKANG

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2014 sebagai usaha penjenamaan semula terhadap Amalan 5S yang telah dilaksanakan sebelum ini. Walaupun masih berteraskan prinsip Amalan 5S, EKSA diperkaya dengan beberapa elemen baharu yang lebih relevan dan praktikal. Pengenalan EKSA bukanlah bertujuan menggantikan Amalan 5S, sebaliknya untuk menambah baik serta memperkukuh elemen yang sedia ada bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing.

EKSA memberi penekanan kepada pembentukan imej korporat sesebuah jabatan melalui kualiti kerja yang ditonjolkan. Selain itu, ia turut menitikberatkan kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif agar warga kerja sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik. Melalui pelaksanaan EKSA, setiap warga kerja digalakkan untuk sentiasa berusaha menghasilkan idea yang kreatif serta inovatif. Pada masa yang sama, budaya amalan hijau perlu dipupuk sebagai langkah mengurangkan pembaziran serta meminimumkan pencemaran alam sekitar.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan produktiviti dan penyampaian sistem perkhidmatan yang cekap;
  • Memberikan kepuasan kepada para pelanggan dalaman dan luaran yang berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan serta produk;
  • Meningkatkan imej UMPSA hasil dari persekitaran kerja yang berkualiti yang akan menyumbang kepada penghasilan perkhidmatan yang efisien dan efektif; dan
  • Memberi motivasi kepada organisasi dan staf untuk bekerja dengan lebih cemerlang melalui tempat kerja mereka bersih, kemas, selesa, teratur dan sistematik.

KATEGORI ANUGERAH

  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Pertama)
  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Kedua)
  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Ketiga)

Anugerah ini diberikan kepada tiga PTJ teratas yang mendapat markah minimum 80 peratus markah ke atas setelah melalui audit yang dijalankan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. 

INSENTIF DAN HADIAH

  • Tempat pertama: RM1,000.00
  • Tempat kedua: RM700.00
  • Tempat ketiga: RM500.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

PENILAIAN

Anugerah ini dinilai berdasarkan aktiviti dan pertandingan EKSA sepanjang tahun yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK).

PENYELARAS ANUGERAH

En. Muhammad Amirul Fahmi bin Mohd Faizol
Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti
09-4315038

 

 

ANUGERAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DI UMPSA

LATAR BELAKANG

Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT 2011-2015 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 27 Oktober 2011 merupakan satu langkah penting bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan di peringkat pengajian tinggi.  Perkara ini dilaksanakan bagi memantapkan dan meningkatkan peranan serta fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT 2023-2030 ini adalah seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Dengan itu wujud kesinambungan dari peringkat pendidikan asas sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Anugerah Memartabatkan Bahasa Melayu ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong agenda Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti awam (UA) 2023-2030 di bawah inisiatif 2.3.2 iaitu pengiktirafan bagi fakulti dan individu oleh UA yang menjayakan usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Berikut adalah sasaran yang merujuk kepada inisiatif di bawah pengiktirafan kepada fakulti dan individu bagi menjayakan usaha ini:

  • Sasaran merujuk kepada bilangan pengiktirafan yang diberikan oleh UA setiap tahun kepada ahli akademik yang menyumbang usaha pemartabatan bahasa Melayu; dan
  • Pengiktirafan boleh diberikan dalam bentuk sijil penghargaan, geran, anugerah dan sebagainya; dan
  • Pengiktirafan yang diberikan boleh dijadikan salah satu kreteria bagi pencalonan anugerah di peringkat kementerian.

OBJEKTIF

  • Pengiktirafan ini dapat menggalakkan lebih ramai ahli akademik di UMPSA untuk menghasilkan penulisan di dalam bahasa Melayu; dan
  • Pengiktirafan ini dapat menggalakkan UMPSA untuk melaksanakan program dan menggiatkan aktiviti dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama.

KATEGORI ANUGERAH

  • Kategori PTJ
  • Kategori Individu

INSENTIF DAN HADIAH

RM1,500.00, Trofi dan Sijil Penghargaan (setiap kategori)