ANUGERAH SAINTIS MUDA
LATAR BELAKANG
Anugerah SaintisMuda dicadangkan di bawah Anugerah Penyelidikan, Inovasi & Komersial. Ianya diwujudkan sebagai salah satu inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian staf akademik dalam menghasilkan penerbitan dan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi yang berpotensi untuk dikomersialkan dalam usaha untuk memacu pembangunan negara ke arah kemajuan teknologi dan daya saing global.
Penganugerahan ini juga dilihat sebagai salah satu inisiatif bagi tujuan membudayakan penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan staf akademik di UMPSA yang akhirnya dapat membantu universiti dalam mencapai objektif strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik UMPSA 25.
OBJEKTIF
Objektif penganugerahan adalah untuk:
- Bagi menggalakkan penciptaan pengetahuan baharu dalam bidang sains untuk meningkatkan daya saing negara dalam R&D.
- Memperkenalkan hasil penyelidikan berpotensi tinggi yang dapat menyelesaikan isu dan keperluan kehidupan seharian rakyat.
- Menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang R&D STI.
KATEGORI ANUGERAH
Anugerah Saintis Muda mempunyai satu anugerah sahaja.
INSENTIF DAN HADIAH
- Pemenang Pertama RM5,000
- Pemenang Kedua RM3,000
- Pemenang Ketiga RM1,000
- Trofi
- Sijil Penghargaan
KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Kriteria / Syarat-Syarat Permohonan adalah seperti berikut: GARIS PANDUAN PERMOHONAN
KAEDAH PERMOHONAN
Jabatan/fakulti atau wakil jabatan/fakulti memuat turun borang pencalonan di pautan berikut : BORANG PERMOHONAN
TEMPOH PERMOHONAN
12 Januari 2026 hingga 5 Mac 2026
PENYELARAS ANUGERAH
Pn. Norul Fadilah Binti Abdullah
Eksekutif Kanan
Jabatan Penyelidikan & Inovasi
09-4316047
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.