ANUGERAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

LATAR BELAKANG

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2014 sebagai usaha penjenamaan semula terhadap Amalan 5S yang telah dilaksanakan sebelum ini. Walaupun masih berteraskan prinsip Amalan 5S, EKSA diperkaya dengan beberapa elemen baharu yang lebih relevan dan praktikal. Pengenalan EKSA bukanlah bertujuan menggantikan Amalan 5S, sebaliknya untuk menambah baik serta memperkukuh elemen yang sedia ada bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing.

EKSA memberi penekanan kepada pembentukan imej korporat sesebuah jabatan melalui kualiti kerja yang ditonjolkan. Selain itu, ia turut menitikberatkan kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif agar warga kerja sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik. Melalui pelaksanaan EKSA, setiap warga kerja digalakkan untuk sentiasa berusaha menghasilkan idea yang kreatif serta inovatif. Pada masa yang sama, budaya amalan hijau perlu dipupuk sebagai langkah mengurangkan pembaziran serta meminimumkan pencemaran alam sekitar.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan produktiviti dan penyampaian sistem perkhidmatan yang cekap;
  • Memberikan kepuasan kepada para pelanggan dalaman dan luaran yang berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan serta produk;
  • Meningkatkan imej UMPSA hasil dari persekitaran kerja yang berkualiti yang akan menyumbang kepada penghasilan perkhidmatan yang efisien dan efektif; dan
  • Memberi motivasi kepada organisasi dan staf untuk bekerja dengan lebih cemerlang melalui tempat kerja mereka bersih, kemas, selesa, teratur dan sistematik.

KATEGORI ANUGERAH

  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Pertama)
  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Kedua)
  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Ketiga)

Anugerah ini diberikan kepada tiga PTJ teratas yang mendapat markah minimum 80 peratus markah ke atas setelah melalui audit yang dijalankan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. 

INSENTIF DAN HADIAH

  • Tempat pertama: RM1,000.00
  • Tempat kedua: RM700.00
  • Tempat ketiga: RM500.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

PENILAIAN

Anugerah ini dinilai berdasarkan aktiviti dan pertandingan EKSA sepanjang tahun yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK).

PENYELARAS ANUGERAH

En. Muhammad Amirul Fahmi bin Mohd Faizol
Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti
09-4315038

 

 


Print   Email