ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

LATAR BELAKANG

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awan Bilangan 2 Tahun 2002. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang pada sepanjang tahun dinilai. Anugerah ini terbuka kepada semua staf sama ada tetap ataupun kontrak yang telah genap setahun penuh perkhidmatan pada hari terakhir penilaian dengan mendapat markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 90 peratus. Pemilihan dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia. Kuota Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah dihitung berdasarkan kepada jumlah 8 peratus daripada jumlah staf aktif pada tahun semasa.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Menghargai sumbangan cemerlang yang diberikan oleh staf;
  • Menjadi contoh kepada staf lain; dan
  • Menanam budaya kerja cemerlang.

KRITERIA

  • Mendapat markah penilaian 90 peratus dan ke atas;
  • Tempoh perkhidmatan telah genap setahun pada tahun penilaian;
  • Staf tetap dan kontrak;
  • Bebas daripada pertuduhan, aduan atau tindakan tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini dari tarikh akhir tahun penilaian (31 Disember);
  • Mempunyai rekod disiplin kehadiran yang baik sepanjang tahun penilaian berakhir 31 Disember; dan
  • Sumbangan staf kepada jabatan, universiti, komuniti, daerah, negeri dan negara.

INSENTIF DAN HADIAH

  • Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan
  • Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000.00.

PENILAIAN

  • Dinilai atau dipilih oleh Panel Penilai Peringkat PTJ (Jawatankuasa Pra-APC) berdasarkan kepada kriteria; dan
  • Disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM).

PENYELARAS ANUGERAH

En. Mohd Nazmi bin Sahdan
Eksekutif Kanan
Jabatan Pendaftar
094316353
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Print   Email