ANUGERAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DI UMPSA
LATAR BELAKANG
Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT 2011-2015 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 27 Oktober 2011 merupakan satu langkah penting bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan di peringkat pengajian tinggi. Perkara ini dilaksanakan bagi memantapkan dan meningkatkan peranan serta fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Justeru, pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT 2023-2030 ini adalah seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Dengan itu wujud kesinambungan dari peringkat pendidikan asas sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Anugerah Memartabatkan Bahasa Melayu ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong agenda Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti awam (UA) 2023-2030 di bawah inisiatif 2.3.2 iaitu pengiktirafan bagi fakulti dan individu oleh UA yang menjayakan usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Berikut adalah sasaran yang merujuk kepada inisiatif di bawah pengiktirafan kepada fakulti dan individu bagi menjayakan usaha ini:
- Sasaran merujuk kepada bilangan pengiktirafan yang diberikan oleh UA setiap tahun kepada ahli akademik yang menyumbang usaha pemartabatan bahasa Melayu; dan
- Pengiktirafan boleh diberikan dalam bentuk sijil penghargaan, geran, anugerah dan sebagainya; dan
- Pengiktirafan yang diberikan boleh dijadikan salah satu kreteria bagi pencalonan anugerah di peringkat kementerian.
OBJEKTIF
- Pengiktirafan ini dapat menggalakkan lebih ramai ahli akademik di UMPSA untuk menghasilkan penulisan di dalam bahasa Melayu; dan
- Pengiktirafan ini dapat menggalakkan UMPSA untuk melaksanakan program dan menggiatkan aktiviti dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama.
KATEGORI ANUGERAH
- Kategori PTJ
- Kategori Individu
INSENTIF DAN HADIAH
RM1,500.00, Trofi dan Sijil Penghargaan (setiap kategori)