FPPSK UMPSA  

ANUGERAH SAINTIS MUDA

LATAR BELAKANG

Anugerah SaintisMuda dicadangkan di bawah Anugerah Penyelidikan, Inovasi & Komersial. Ianya diwujudkan sebagai salah satu inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian staf akademik dalam menghasilkan penerbitan dan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi yang berpotensi untuk dikomersialkan dalam usaha untuk memacu pembangunan negara ke arah kemajuan teknologi dan daya saing global.

Penganugerahan ini juga dilihat sebagai salah satu inisiatif bagi tujuan membudayakan penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan staf akademik di UMPSA yang akhirnya dapat membantu universiti dalam mencapai objektif strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik UMPSA 25.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk: 

  • Bagi menggalakkan penciptaan pengetahuan baharu dalam bidang sains untuk meningkatkan daya saing negara dalam R&D.
  • Memperkenalkan hasil penyelidikan berpotensi tinggi yang dapat menyelesaikan isu dan keperluan kehidupan seharian rakyat.
  • Menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang R&D STI. 

 KATEGORI ANUGERAH

Anugerah Saintis Muda mempunyai satu anugerah sahaja.

INSENTIF DAN HADIAH 

  • Pemenang Pertama RM5,000
  • Pemenang Kedua RM3,000
  • Pemenang Ketiga RM1,000
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kriteria / Syarat-Syarat Permohonan adalah seperti berikut: GARIS PANDUAN PERMOHONAN

KAEDAH PERMOHONAN

Jabatan/fakulti atau wakil jabatan/fakulti memuat turun borang pencalonan di pautan berikut : BORANG PERMOHONAN

TEMPOH PERMOHONAN
12 Januari 2026 hingga 5 Mac 2026

PENYELARAS ANUGERAH

Pn. Norul Fadilah Binti Abdullah
Eksekutif Kanan
Jabatan Penyelidikan & Inovasi
09-4316047
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ANUGERAH KUALITI PENYELIDIKAN

LATAR BELAKANG

Anugerah Kualiti Penyelidikan merupakan satu anugerah yang diberikan kepada fakulti berdasarkan pencapaian dalam penilaian MyRA Fakulti. Pencapaian ini dipantau oleh Jawatankuasa Penarafan Universiti yang bersidang 4 kali setahun dan dipengerusikan oleh Naib Canselor.

Pengiktirafan bagi anugerah ini disampaikan semasa Majlis Anugerah Cendekia Bitara yang berlangsung pada setiap tahun. Memandangkan Majlis Anugerah Cendekia Bitara telah dimansuhkan, pengiktirafan bagi anugerah ini di cadangkan untuk dibawa masuk ke Hari Kualiti dan Inovasi.

 INSENTIF DAN HADIAH

  • RM3,000.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

PENILAIAN

  • Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang memenuhi kriteria kualiti penyelidikan yang ditetapkan berdasarkan Glosari MyRA.
  • Anugerah adalah berdasarkan data rekod rasmi yang dikemukakan oleh pihak Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK).

PENYELARAS ANUGERAH

Pn. Norul Fadilah Binti Abdullah
Eksekutif Kanan
Jabatan Penyelidikan & Inovasi
09-431 6047
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

LATAR BELAKANG

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awan Bilangan 2 Tahun 2002. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang pada sepanjang tahun dinilai. Anugerah ini terbuka kepada semua staf sama ada tetap ataupun kontrak yang telah genap setahun penuh perkhidmatan pada hari terakhir penilaian dengan mendapat markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 90 peratus. Pemilihan dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia. Kuota Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah dihitung berdasarkan kepada jumlah 8 peratus daripada jumlah staf aktif pada tahun semasa.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Menghargai sumbangan cemerlang yang diberikan oleh staf;
  • Menjadi contoh kepada staf lain; dan
  • Menanam budaya kerja cemerlang.

KRITERIA

  • Mendapat markah penilaian 90 peratus dan ke atas;
  • Tempoh perkhidmatan telah genap setahun pada tahun penilaian;
  • Staf tetap dan kontrak;
  • Bebas daripada pertuduhan, aduan atau tindakan tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini dari tarikh akhir tahun penilaian (31 Disember);
  • Mempunyai rekod disiplin kehadiran yang baik sepanjang tahun penilaian berakhir 31 Disember; dan
  • Sumbangan staf kepada jabatan, universiti, komuniti, daerah, negeri dan negara.

INSENTIF DAN HADIAH

  • Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan
  • Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000.00.

PENILAIAN

  • Dinilai atau dipilih oleh Panel Penilai Peringkat PTJ (Jawatankuasa Pra-APC) berdasarkan kepada kriteria; dan
  • Disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM).

PENYELARAS ANUGERAH

En. Mohd Nazmi bin Sahdan
Eksekutif Kanan
Jabatan Pendaftar
094316353
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ANUGERAH REKABENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN INOVATIF (AKRI) UNIVERSITI

LATAR BELAKANG

AKRI ialah inisiatif anugerah nasional yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bertujuan mengiktiraf dan meraikan amalan terbaik dalam reka bentuk kurikulum dan penyampaian inovatif dalam institusi pengajian tinggi.

AKRI diperkenalkan pada tahun 2017 (asalnya dikenali sebagai program lain: Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia (APRS)), dan ditukar nama ke AKRI sejak 2018.

OBJEKTIF

Kewujudan Anugerah ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan baik terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan di peringkat universiti/individu.

KATEGORI ANUGERAH

Anugerah AKRI terbahagi kepada empat kategori Anugerah utama iaitu:

  • Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  • Pengajaran Transformatif
  • Pentaksiran Alternatif
  • Pengalaman Pembelajaran Imertif

INSENTIF DAN HADIAH

Kurikulum Program Pengajian Inovatif
Pengajaran Transformatif
Pentaksiran Alternatif

  • RM2,000
  • Sijil Penghargaan
  • Trofi

Pengalaman Pembelajaran Imertif

  • RM1,000
  • Sijil Penghargaan
  • Trofi

KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kriteria / Syarat-Syarat Permohonan adalah seperti berikut: 
SYARAT UMUM PERMOHONAN AKRI
KRITERIA & PANDUAN AKRI

KAEDAH PERMOHONAN

Jabatan/fakulti atau wakil jabatan/fakulti memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :

RUBRIK PENILAIAN

Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut :

TEMPOH PERMOHONAN
1 Disember 2025 hingga 5 Mac 2026

PENYELARAS ANUGERAH

Pn. Marhaniza binti Othman
Eksekutif
Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
09-4316441

ANUGERAH E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI

LATAR BELAKANG

Anugerah e-Pembelajaran Universiti (APU), yang dimulakan oleh Pusat Pengajaran Sumber dan e-Pembelajaran (CIReL), Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA), merupakan salah satu anugerah tahunan berprestij Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk e-Pembelajaran.

ANUGERAH E-PEMBELAJARAN

 Terdapat dua kategori:

  • Anugerah e-Pembelajaran Fakulti/Pusat
  • Anugerah Micro Credentials

Anugerah ini menghargai sumbangan penting fakulti dan pusat kepada kejayaan e-pembelajaran UMPSA. Penghargaan ini melambangkan komitmen berterusan untuk kecemerlangan sekaligus memupuk inovasi dalam teknologi pendidikan. Ia juga memberi inspirasi kepada Subject Matter Expert (SME) bagi inovasi pengajaran & pembelajaran serta komuniti UMPSA.

Matlamat bagi penganugerahn ini adalah untuk memupuk budaya e-pembelajaran yang inovatif, serta kreativiti dalam pendekatan pedagogi. Anugerah yang berprestij ini juga dapat mengukuhkan identiti UMPSA dalam mencapai kecemerlangan, sekaligus dapat meningkatkan reputasi universiti dan mempamerkan kesungguhan dan dedikasi warga UMPSA untuk membentuk masa depan pendidikan melalui teknologi dan akademik.

OBJEKTIF ANUGERAH E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI (APU) 

  • Mengiktiraf kecemerlangan, kepakaran dan pengamalan terbaik bagi e-pembelajaran oleh warga akademik UMPSA yang berfokuskan kepada inovasi pengajaran dan pembelajaran.
  • Menginspirasikan inovasi dan meningkatkan akses serta fleksibiliti ahli akademik dalam inovasi teknologi pendidikan UMPSA, terutamanya untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  • Menggalakkan staf akademik UMPSA mempertingkatkan usaha memupuk kecemerlangan modal insan berkualiti melalui pengajaran, penyeliaan, pembelajaran dan banyak lagi.

INSENTIF DAN HADIAH 

  • Anugerah E-Pembelajaran UMPSA

            Kategori Fakulti/Pusat           
            RM1,000.00, Trofi dan Sijil Penghargaan

  • Anugerah Micro-Credentials UMPSA 

            Kategori Individu/Kumpulan
            RM500.00 dan Sijil Penghargaan

KAEDAH PERMOHONAN

Calon atau wakil calon boleh membuat permohonan di pautan berikut: BORANG PERMOHONAN

Semua pembuktian perlu disertakan dalam e-book

TEMPOH PERMOHONAN
12 Januari hingga 5 Mac 2026 

PENYELARAS ANUGERAH

En. Mohd Shahri bin Mohd Akhir
Eksekutif Kanan
Pusat Sumber Pengajaran & E-Pembelajaran 
09-4316799
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.