BENGKEL PENGENALAN DAN PEMBANGUNAN PROJEK KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH
23 dan 24 Januari 2024 – Satu Bengkel Pengenalan dan Pembangunan Projek Kumpulan Inovatif & Kreatif telah diadakan pada 23 dan 24 Januari 2024 yang disampaikan oleh Encik Ts Muhaimin Mustaqim Bin Jamaludin, Penolong Setiausaha (Seksyen Kualiti), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang juga merupakan salah seorang juri bagi Konvensyen KIK UMPSA pada tahun 2023 yang lalu. Bengkel ini bertempat di Bilik Latihan 1, Bangunan DiTEC, UMPSA Pekan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua wakil PTj tentang pengenalan mengenai KIK dan kaedah untuk membangunkan projek KIK di UMPSA dengan menggunakan format Horizon Baharu. Selain itu, perunding luar juga turut memberi bimbingan dalam KIK berkumpulan yang dibangunkan di UMPSA.
Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap PTj yang ada di UMPSA. Setiap peserta yang hadir memberikan komitmen dan perhatian yang baik dan memberangsangkan. Para peserta ditaklimat ringkas berkenaan KIK yang pada hari pertama sebelah pagi dan diminta untuk berada dalam kumpulan pada sebelah petang untuk membuat latihan projek KIK dan dikehendaki untuk membentangkan hasi perbincangan projek ringkas mereka pada hari kedua. Latihan ini dijalankan supaya peserta lebih memahami dengan jelas dan dapat menjayakan projek KIK Horizon Baharu dengan berkesan. Di penghujung bengkel, peserta dimaklumkan berkenaan hala tuju dan juga garis masa KIK UMPSA pada tahun ini.