MAJLIS PERASMIAN POLISI KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI MS ISO 9001:2015 UMPSA DAN SESI PENYERAHAN SIJIL JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001

MAJLIS PERASMIAN POLISI KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI MS ISO 9001:2015 UMPSA DAN SESI PENYERAHAN SIJIL JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menuju ke arah mendapatkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 yang boleh meningkatkan sistem pencapaian perkidmatannya seiring dengan hasrat universiti untuk menjadi sebuah universiti teknologi terunggul. Justeru, beberapa gerak kerja turut diadakan seperti pembangunan dokumen, audit dalaman, mesyuarat berkaitan turut diadakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

Skop MS ISO 9001:2015 ini adalah bagi Pembangunan dan Pengurusan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda dan pengurusan proses secara keseluruhan melibatkan kualiti dari pelbagai aspek seperti program akademik, graduan, perkhidmatan yang ditawarkan, penyelidikan dan penerbitan boleh dicapai mengikut standard kualiti.

Majlis ini diantaranya bertujuan untuk merasmikan penggunaan Polisi dan Objektif Kualiti UMPSA yang baharu dan juga menyampaikan sijil kehadiran kepada 53 orang juruaudit dalaman MS ISO 9001:2015 UMPSA. Majlis ini diadakan pada 19 Disember 2023 bertempat di Dewan Bankuet, UMPSA Kampus Pekan.  Para juruaudit ini telah menghadiri kursus juruaudit dalaman pada Julai dan Ogos 2023 dan juga telah melaksanakan sesi audit dalaman ke PTJ pada 15 November - 1 Disember 2023 lalu.

Sebagai tanda komitmen pengurusan, Naib Canselor UMPSA Professor Dato' Ts. Dr. Yuserrie hadir bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK), Profesor Madya Ts. Dr. Herma Dina Binti Setiabudi, Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) Profesor Madya Ir. Dr. Norazwina Binti Zainol dan Pegawai-Pegawai Utama Universiti, Dekan-Dekan, Profesor, Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab.

 


Print   Email