UMPSA Raih Pensijilan MS ISO 9001:2015

Pensijilan_ISO_1.jpg
18 Disember 2024 | Hotel Grand Darul Makmur

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meraih pensijilan MS ISO 9001:2015, sekali gus membuktikan tadbir urus universiti yang cemerlang serta penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi.

Majlis Penyampaian Sijil dan Apresiasi Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur. yang disempurnakan oleh Pengarah Negeri Pahang,SIRIM QAS, Puan Mazlina Manshor yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Hjh. Nur Fadhilah Muhammad.

Sijil  diserahkan kepada UMPSA yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.

Mazlina Manshor yang membacakan teks ucapan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Hjh. Nur Fadhilah Muhammad  menzahirkan ucapan tahniah kepada UMPSA atas kejayaan ini.

Pensijilan_ISO_3.jpg

Ujarnya, setelah audit yang dijalankan oleh Pasukan SIRIM QAS pada 11 hingga 13 September 2024 yang lalu telah mencatatkan pencapaian membanggakan tanpa sebarang penemuan Ketidakpatuhan (NCR).

SIRIM QAS International turut berbangga menjadi rakan strategik UMPSA dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti dan pembangunan pendidikan di negara ini.

Diharapkan kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju ke hadapan dan memimpin dalam bidang pendidikan tinggi Malaysia. katanya.

Manakala menurut  Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad, pensijilan ini mencerminkan komitmen UMPSA dalam memastikan tadbir urus yang unggul, sekaligus mengukuhkan kedudukan universiti sebagai institusi pendidikan tinggi berkualiti.

Pensijilan ini merangkumi skop "Pembangunan dan Pengurusan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda dan Perkhidmatan Sokongan Yang Berkaitan," menjadikan UMPSA sebaris dengan universiti awam lain di Malaysia yang turut mematuhi standard ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi UUM, Profesor Madya Dr. Ku Maisurah binti Ku Bahador, Pengarah Kanan PPSK, Profesor Madya Ts. Dr. Herma Dina binti Setiabudi serta pegawai-pegawai utama universiti.

Pensijilan_ISO_8.jpgPensijilan_ISO_7.jpgPensijilan_ISO_6.jpgPensijilan_ISO_5.jpgPensijilan_ISO_4.jpgPensijilan_ISO_2.jpg
Foto oleh Khairu Aidilnishah Rizan


Print   Email