UMPSA Lancar QVC, FLEXMC dan Pusat Penilaian APEL Zon Pantai Timur

PusatVerifikasi4.jpgPusatVerifikasi5.jpgPusatVerifikasi6.jpgPusatVerifikasi.jpgPusatVerifikasi2.jpgPusatVerifikasi3.jpg
UMPSA Lancar QVC, FLEXMC dan Pusat Penilaian APEL Zon Pantai Timur – Perintis Pendidikan Fleksibel dan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia
20 Ogos 2025 | Dewan Serbaguna UMPSA Pekan
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terusbmengukuhkan reputasi sebagai peneraju pendidikan teknikal dan inovasi digital apabila melancarkan tiga pusat penting yang menjadi pemacu transformasi pendidikan tinggi negara iaitu Pusat Verifikasi Kualiti (QVC), Pusat Pembelajaran Fleksibel & Micro-Credential (FLEXMC) dan Pusat Penilaian APEL yang dapat memberi manfaat buat masyarakat di negara ini khususnya di Pantai Timur.
Pelancaran pusat ini mengukuhkan lagi persediaan UMPSA sebagai Hab TVET Termaju di Rantau ASEAN dan menjadi pemacu transformasi pendidikan tinggi negara menerusi usaha mendigitalisasikan pendidikan tinggi terhadap pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) di IPT menerusi pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan fleksibel.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim, pelancaran tiga pusat ini merupakan inisiatif UMPSA sebagai penanda aras baharu pendidikan
fleksibel dan digital di Malaysia.
Selain itu, memberi peluang UMPSA untuk bekerjasama mengembangkan jaringan luar dengan
pihak industri dalam pelbagai bidang kepakaran yang menyokong kepada micro-credential, pembelajaran digital dan pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
Malahan, ia merupakan satu petanda positif yang membuktikan kesediaan UMPSA untuk meningkatkan kesedaran warganya terutama tenaga pengajar UMPSA yang mempunyai kepakaran mengenai kepentingan untuk menyumbangkan tenaga, idea bagi pembangunan modul-modul latihan kepada pihak industri.
Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui peluang pembelajaran rujukan industri, malah turut menyumbang kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.
“UMPSA bukan sahaja membangunkan modul bersama industri seperti AirAsia Drone, MTDC, Aerodyne Flight Institute dan 3D Gens, malah turut membuktikan kemampuan dalam menarik penyertaan antarabangsa melalui kerjasama dengan BINUS University serta pembangunan modul untuk komuniti setempat bersama INFRA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA,” katanya yang hadir dalam majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Serbaguna UMPSA Pekan.
Turut sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan), KPT, Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Dato' Profesor Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias.
Sementara itu, Profesor Dr. Yatimah berkata, pihaknya menghargai kepercayaan pihak MQA melantik UMPSA sebagai antara salah satu daripada empat universiti perintis QVC di Malaysia yang berperanan melaksanakan proses verifikasi kualiti bagi kursus Stand-Alone Micro- Credential (SAMC) yang ditawarkan oleh pelbagai penyedia kursus di seluruh negara.
Dengan hampir 80 panel penilai dalaman dan luar yang berkelayakan tinggi, QVC UMPSA membolehkan kursus micro-credential yang disahkan mendapat pengiktirafan rasmi MQA, seterusnya boleh digunakan untuk pemindahan kredit atau pengiktirafan pembelajaran terdahulu (RPL).
“Pelancaran QVC ini membolehkan UMPSA memainkan peranan penting dalam memastikan
kualiti kursus micro-credential di Malaysia setanding dengan standard global. Semua proses verifikasi juga dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian,” katanya.
Selain itu, UMPSA turut memperkenalkan Pusat Pembelajaran Fleksibel & Micro-Credential (FLEXMC) yang ditubuhkan sejak 2016 sebagai pusat inovasi digital dan rujukan utama pendidikan fleksibel.
Sehingga kini, berjaya membangunkan 133 modul micro-credential, termasuk 28 modul kategori
SAMC. Sebanyak 105 modul telah ditawarkan kepada komuniti luar UMPSA melalui platform Ulearn UMPSA @ OpenLearning dan MyCredentials UMPSA.
“FLEXMC merupakan pemacu pendidikan digital UMPSA, sejajar dengan aspirasi universiti
teknikal dalam memperluaskan akses pembelajaran sepanjang hayatInisiatif Global Classroom
berjaya menganjurkan lebih 70 sesi kolaborasi dengan 58 universiti luar negara, membabitkan
lebih 3,600 pelajar dari dalam dan luar negara”, katanya.
Lebih membanggakan, UMPSA juga mencipta sejarah apabila menjadi universiti pertama di Malaysia diberi mandat penuh oleh MQA untuk melaksanakan penilaian APEL.A Antarabangsa Tahap 7 bagi calon bukan warganegara.
Sejak dilantik sebagai Pusat Penilaian APEL Terbuka pada 2022, UMPSA telah menilai lebih 500 calon dalam dan luar negara termasuk dari Amerika Syarikat, Pakistan, Yaman, Kenya, Libya, Singapura dan Bangladesh. Kesemua proses penilaian ini dijalankan 100% secara dalam talian, memberi kemudahan maksimum kepada calon di seluruh dunia.
“APEL.A UMPSA membuktikan bahawa pengalaman kerja juga boleh diiktiraf sebagai laluan akademik untuk ke peringkat lebih tinggi. Dengan mandat antarabangsa, UMPSA kini menjadi peneraju APEL.A global,” tambah beliau.
Usaha ini juga dijangka dapat memperkukuh ekosistem pembelajaran sepanjang hayat dan
menyokong transformasi pendidikan tinggi negara agar lebih inklusif, terbuka dan sejajar dengan
perkembangan global.
Foto oleh Zaffaruddin Hamzah

Print   Email