JERAYAWARA BAHAGIAN PENARAFAN & DATA KE FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI (FIM) SEMASA MESYUARAT FAKULTI

Jerayawara_FIM3.jpegJerayawara_FIM2.jpegJerayawara_FIM.jpegJerayawara_FIM5.jpeg
Gambang, 13 Ogos 2025 – Bahagian Penarafan & Data, Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK) telah mengadakan sesi jerayawara ke Fakulti Pengurusan Industri (FIM) pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bersempena Mesyuarat Fakulti yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Fakulti Pengurusan Industri.

Sesi jerayawara ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Irene Ting Wei Kiong, Pengarah, (Bahagian Penarafan & Data) PPSK, Prof. Chm. Dr. Chong Kwok Feng Pengarah (Pusat Strategi Dan Pembangunan Penyelidikan) dan Puan Norul Fadilah binti Abdullah dari Jabatan Penyelidikan & Inovasi.

Tujuan utama jerayawara ini adalah untuk memberi penerangan berhubung inisiatif penarafan universiti, menggariskan kepentingan pengurusan dan pengumpulan data yang tepat, serta membincangkan strategi penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh kedudukan universiti dalam aspek penyelidikan, inovasi, dan reputasi akademik di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kehadiran delegasi PPSK telah disambut oleh Dekan Fakulti Pengurusan Industri, Dr. Mohd Hanafiah bin Ahmad bersama barisan pensyarah Fakulti Komputeran. Sesi perkongsian ini juga telah menjadi platform untuk bertukar pandangan dan idea strategik demi mencapai matlamat bersama universiti.

Melalui sesi jerayawara ini, PPSK berharap dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama antara fakulti dan pusat dalam memastikan data yang dikumpul adalah berkualiti, tepat, dan sejajar dengan keperluan penarafan universiti.

PPSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Fakulti Pengurusan Industri atas sambutan mesra, kerjasama erat, dan sokongan yang diberikan sepanjang sesi berlangsung.


Print   Email