ANUGERAH PERSONALITI MASYARAKAT (APM)

LATAR BELAKANG

Anugerah ini merupakan penghargaan dan sanjungan kepada individu dan orang luar yang menyumbang kepada masyarakat dan melalui UMPSA. Fokus utama kepada masyarakat setempat dalam kalangan warga universiti dan orang luar yang berkecimpung secara aktif dan berterusan mendekati serta menyantuni masyarakat dalam dan luar universiti yang bersahsiah tinggi serta berkeperibadian unggul. Begitu juga keterlibatan sumbangan dalam kegiatan kemasyarakatan seperti misi kemanusiaan, bantuan kemasyarakatan, pembangunan insan, kebudayaan, pembangunan fasiliti, persatuan atau pertubuhan kemasyarakatan, kawasan rukun tetangga dan kesukarelawanan.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Memberi pengiktirafan kepada warga UMPSA dan orang luar melalui UMPSA yang telah menyumbang khidmat bakti kepada nama baik universiti; dan
  • Menggalakkan warga UMPSA dan orang luar menjadi warga yang berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat.

KATEGORI ANUGERAH

Kategori Anugerah Personaliti Masyarakat ini secara individu lelaki dan wanita.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Penyertaan terbuka kepada semua staf UMPSA atau orang luar melalui program UMPSA.
  • Setiap PTJ boleh menghantar satu atau lebih calon untuk dinilai.
  • Telah berkhidmat dengan UMPSA sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas bagi warga UMPSA.
  • Orang luar melalui UMPSA yang telah menyumbang khidmat bakti kepada nama baik universiti.
  • Borang penyertaan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan; dan
  • Pengiktirafan dari badan yang berkepentingan

KRITERIA PENILAIAN

  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan masyarakat dan pengetahuan yang luas dalam disiplin ilmu yang diceburi dan telah dimanfaatkan ke arah pembangunan ummah, agama dan negara.
  • Berfokuskan sumbangan kepakaran dan keilmuan yang memberi kesan kepada komuniti.
  • Mempunyai akhlak, personaliti dan penampilan peribadi yang unggul serta boleh dijadikan teladan dan ikutan dalam masyarakat.
  • Memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan pendanaan.
  • Ketokohan dan kewibawaannya mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.
  • Penilaian sumbangan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum atau tahun semasa.
  • Diperakukan oleh badan berkepentingan
  • Pemenang bagi tahun semasa hanya layak dicalonkan semula selepas tempoh tiga (3) tahun dari tarikh penerimaan anugerah.
  • Penghantaran permohonan mestilah disertakan dengan bahan sokongan seperti laporan aktiviti, gambar, atau ulasan daripada komuniti.

LAIN-LAIN

Pemenang bagi Anugerah Personaliti Masyarakat (APM) turut berpeluang untuk dicalonkan ke Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang.

INSENTIF DAN HADIAH

  • RM2,000.00
  • Trofi
  • Sijil penghargaan

KAEDAH PERMOHONAN

Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut : BORANG PENCALONAN

Calon atau wakil calon boleh menghantar borang pencalonan dan dokumen sokongan di pautan berikut : PENCALONAN APM

RUBRIK PENILAIAN

Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut : RUBRIK APM

TEMPOH PERMOHONAN
2 Disember 2025 hingga 7 Mac 2026

PENYELARAS ANUGERAH

En. Helmi bin Mohamed Isa
Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat
Jabatan Pendaftar
09-431 6797
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Print   Email