ANUGERAH ICT (K-PORTAL)
LATAR BELAKANG
Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan pertandingan laman web bagi semua institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta jabatan-jabatan kerajaan sebagai usaha dalam meningkatkan mutu laman web/portal berkenaan. Selaras dengan usaha murni ini, Anugerah ICT yang merupakan salah satu hadiah yang dipertandingkan bagi program Hari Kualiti & Inovasi UMPSA. Anugerah ini diwujudkan bagi menghargai komitmen yang tinggi dalam menghasilkan portal yang kaya dengan maklumat terpilih dan sumber rujukan utama mengikut bidang selain membantu menjadikan UMPSA sebagai organisasi yang bermaklumat dan pusat rujukan organisasi –organisasi lain.
OBJEKTIF
- Menghargai usaha dan komitmen staf dalam membangunkan portal yang bermaklumat dan menjadi one stop centre bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat/pengetahuan berkaitan dengan PTJ berkenaan;
- Menggalakkan budaya penulisan dan penerbitan ilmiah secara elektronik dalam kalangan staf;
- Menyemarakkan budaya IT iaitu segala maklumat disediakan dalam bentuk online dan mudah diakses oleh semua pengguna;
- Menggalakkan perkongsian ilmu dan percambahan idea di atas satu platform yang diselia oleh pengurusan universiti; dan
- Menyumbang kepada peningkatan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
KATEGORI ANUGERAH
Portal PTJ Terbaik
Hadiah ini diberikan kepada PTJ yang mencapai tahap skor pemarkahan tertinggi berdasarkan kriteria-kriteria penilaian portal yang ditetapkan oleh jawatankuasa. Dua kategori dipertandingkan iaitu:
- Portal PTJ (Pentadbiran)
- Portal PTJ (Akademik)
INSENTIF DAN HADIAH
- RM1,000.00
- Trofi
- Sijil Penghargaan
RUBRIK PENILAIAN
Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut : RUBRIK PENTADBIRAN & RUBRIK AKADEMIK
PENYELARAS ANUGERAH
Ts. Rosmalissa binti Jusoh
Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat
Pusat Teknologi Digital
09-4315538
* Anugerah ini dinilai oleh Ahli Jawatankuasa Anugerah K-Portal
* Anugerah ini tidak akan dipertandingkan pada tahun 2022-2024 dan akan dipertandingkan semula bermula pada tahun 2025