ANUGERAH PENULISAN RENCANA TERBAIK (APRT)

LATAR BELAKANG

Dalam usaha menjenamakan universiti, selari dengan slogan ‘Teknologi untuk Masyarakat’, para ahli akademik dan pentadbir turut berperanan untuk berkongsi kepakaran melalui saluran komunikasi dengan menghasilkan bahan penulisan, menyalurkan pendapat dan pandangan mengikut bidang kepakaran masing-masing untuk diterbitkan dalam media massa, media cetak mahupun portal dalam talian (online) yang dipercayai.

Sebagai mengiktiraf sumbangan dalam bidang penulisan ini, universiti memperkenalkan anugerah ini untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf dan jabatan yang telah berjaya membuktikan tahap pencapaian yang cemerlang melalui pembudayaan amalan penulisan selain meningkatkan kualiti hasil kerja melalui pembudayaan inovasi dalam tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

OBJEKTIF

  • Untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf dan jabatan yang telah berjaya membuktikan tahap pencapaian yang cemerlang melalui pembudayaan amalan;
  • Untuk memberikan motivasi kepada para penerima anugerah agar terus konsisten menyumbang penulisan selain meningkatkan kualiti hasil kerja melalui pembudayaan inovasi dalam tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan;
  • Untuk memberikan galakan dan motivasi kepada semua warga kerja UMPSA agar dapat menyumbang kecemerlangan yang telah dibuktikan oleh para penerima anugerah agar mereka juga boleh berjaya menerima anugerah berkenaan pada masa akan datang; dan
  • Untuk menghasilkan lebih ramai penulis kreatif dan menyumbang kepakaran menerusi penulisan kepada khalayak dan menyumbang terhadap kriteria penarafan universiti.

KATEGORI ANUGERAH

  • Kategori Akademik
  • Anugerah Penulisan Artikel (Kategori Kejuruteraan, Sains dan Teknologi)
  • Kategori Terbuka (Akademik dan Bukan Akademik)
  • Anugerah Penulisan Artikel (Kenegaraan, Sains Sosial dan Kemanusiaan)

INSENTIF DAN HADIAH

  • Tempat Pertama : RM1,000.00, Trofi dan Sijil Penghargaan
  • Tempat Kedua : RM700.00, Trofi dan Sijil Penghargaan
  • Tempat Ketiga : RM500.00, Trofi dan Sijil Penghargaan

KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i)  Terbuka kepada semua staf akademik dan pentadbiran UMPSA, sama ada secara tetap, kontrak, atau sementara;
ii)  Rencana yang dihantar mestilah karya asli peserta dan belum pernah memenangi mana-mana anugerah lain sebelum ini;
iii)  Rencana mestilah telah diterbitkan di platform rasmi seperti laman web universiti, buletin, majalah, surat khabar, atau jurnal dalam tempoh yang ditetapkan.
iv)  Rencana boleh ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan penggunaan bahasa yang profesional dan sesuai.
v)  Peserta mesti memastikan rencana tidak melanggar hak cipta, dan jika ada sumber lain dirujuk, kredit sewajarnya mesti diberikan.
vi)  Penyertaan hanya diterima dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur. Rencana yang dihantar selepas tarikh akhir tidak akan dipertimbangkan.
vii)  Pencalonan mestilah bukan penerima anugerah ini bagi dua tahun sebelum iaitu pada Hari Kualiti Inovasi 2023 dan Hari Kualiti Inovasi 2024.

KAEDAH PERMOHONAN

Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :
Borang_Penulisan_Rencana 2025.pdf

Calon atau wakil calon menghantar borang pencalonan yang lengkap dan disahkan ketua jabatan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

TEMPOH PERMOHONAN
2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

RUBRIK PENILAIAN

Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut : RUBRIK APRT 2025- 2.pdf

PENYELARAS ANUGERAH :

Puan Mimi Rabita Binti Abd Wahit
Pusat Komunikasi Korporat
09-431 5000


Print   Email