ANUGERAH AKADEMIK UNIVERSITI (AAU)
LATAR BELAKANG
Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan anugerah tahunan berprestij Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Anugerah ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2009 melalui Anugerah Pensyarah Cemerlang bagi menghargai jasa ahli akademik yang telah menonjolkan kecemerlangan dan kreativiti dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Ia juga sebagai satu penghargaan oleh universiti kepada ahli akademik yang telah menunjukkan usaha dan komitmen dalam membentuk pelajar menjadi cemerlang dan bersifat holistik.
OBJEKTIF
Objektif AAU adalah bertujuan untuk:
- Mengiktiraf sumbangan dan kepakaran staf akademik UMPSA dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
- Memberi galakan dan rangsangan kepada staf akademik untuk terus berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan universiti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menerusi tugas pengajaran, penyeliaan, pembelajaran dan lain-lain; dan
- Meningkatkan motivasi staf akademik melalui pendekatan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.
KATEGORI ANUGERAH
Anugerah Akademik Universiti (AAU) terbahagi kepada dua kategori anugerah utama iaitu:
- Anugerah Pengajaran (AP)
- Kategori Kejuruteraan
- Kategori Sains Gunaan
- Kategori Sains Sosial
- Anugerah Ahli Akademik Harapan (AAAH)
INSENTIF DAN HADIAH
Anugerah Pengajaran (AP)
- RM5,000.00
- Sijil Penghargaan
- Trofi
Anugerah Ahli Akademik Harapan (AAAH)
- RM3,000.00
- Sijil Penghargaan
- Trofi
PENYELARAS ANUGERAH
Urusetia AAU
Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.