UMPSA PEKAN BERJAYA MERAIH PENGIKTIRAFAN 4 DIAMOND DALAM KATEGORI ZON BAGI LOW CARBON CITY 2030 CHALLENGE (LCC2030C) TAHUN 2025

lcc_2025_17.jpeg


Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya mendapatkan pengiktirafan 4 Diamond dalam Kategori Zon bagi Low Carbon City 2030 Challenge (LCC2030C) Tahun 2025.

Program ini dianjurkan oleh Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) bermula pada tahun 2019 dengan objektif bagi mempercepatkan transformasi bandar-bandar di Malaysia ke arah bandar karbon rendah.

Program LCC2030C ini menilai prestasi universiti berdasarkan 5 elemen:
- Energy
- ⁠Water
- ⁠Waste
- ⁠Mobility
- ⁠Greenery & Water Bodies

Bagi tahun 2025, UMPSA merekodkan pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 36.89% sejak tahun 2019 meliputi semua elemen, dengan jumlah pengurangan sebanyak 5,471.77 tCO₂eq.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga UMPSA di atas usaha dan pencapaian ini.

Pusat Penarafan dan Data,
Jabatan Canseleri, UMPSA


Print   Email