Sesi Perkongsian Pengalaman Penarafan Universiti Kebangsaan Malaysia
Satu sesi perkongsian pengalaman dan amalan terbaik berkaitan Penarafan Universiti telah diadakan di UMPSA Pekan bersama Dr. Lim Kar Keng, Timbalan Pengarah Eksekutif (Prestasi & Penarafan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ketibaan Dr. Lim disambut oleh Prof. Dr. Irene Ting Wei Kiong, Pengarah Penarafan & Data, Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) serta Encik Zahiruddin bin Mohd Zain, Eksekutif Kanan PPSK.
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Lim berkongsi pengalaman UKM dalam meningkatkan prestasi penarafan universiti serta strategi pengurusan data dan pelaporan yang berkesan. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara jabatan serta usaha berterusan bagi memperkukuh kedudukan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sesi ini turut memberi ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan dan membincangkan peluang kerjasama antara UKM dan UMPSA dalam bidang penarafan dan pengurusan data universiti.