Sesi Libat Urus UMPSA30 Kluster Ekouniversiti

10 Mac 2026 – Satu Sesi Libat Urus UMPSA30 bagi Semakan Inisiatif dan Bajet Kluster Ekouniversiti telah diadakan bagi meneliti perancangan serta penyelarasan inisiatif strategik di bawah kluster berkenaan.

Sesi ini dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor (Pembangunan) selaku peneraju Kluster Ekouniversiti dan turut dihadiri oleh pemilik-pemilik inisiatif serta pemilik KPI yang terlibat dalam pelaksanaan agenda strategik universiti.

Sesi ini bertujuan menyemak keselarasan pelaksanaan inisiatif serta cadangan bajet bagi memastikan setiap perancangan di bawah Pelan Strategik UMPSA30 dapat dilaksanakan secara lebih terancang, berfokus dan selari dengan sasaran pencapaian KPI universiti. Sesi ini juga menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh koordinasi antara pihak terlibat dalam memastikan keberhasilan inisiatif Kluster Ekouniversiti.

Kluster_Universiti2.jpg

Kluster_Universiti.jpg


Print   Email