Sesi Audit Pelaporan Karbon Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C)

LCCS2030_4.jpegLCCS2030_3.jpegLCCS2030_2.jpegLCCS2030_1.jpeg
PEKAN, 10 September 2025
– Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan pasukan auditor daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan Akademik, UMPSA Pekan.

LCC2030C adalah program mengurangkan jejak karbon di bandar terutamanya yang dijalankan oleh MGTC yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES). 

Objektif LCC2030C adalah untuk mendorong bandar-bandar bagi mengurangkan jejak karbon mereka dan mencapai matlamat pembangunan lestari menjelang tahun 2030.
Program ini menggalakkan penggunaan teknologi hijau, meningkatkan efisiensi tenaga dan merancang sistem pengangkutan yang mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil.
Melalui program ini juga akan menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau dalam perancangan bandar dengan menggalakkan penggunaan inovasi dan teknologi baru untuk mencapai pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Kehadiran delegasi telah disambut oleh Encik Zahiruddin Bin Mohd Zain, Eksekutif dari Bahagian Penarafan & Data, Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK).

Pihak MGTC telah diwakili oleh Encik Muhammad Fendi bin Mustafa selaku Ketua Auditor/Penyelia dan Puan Wan Nur Azwani binti Mohamad Masri selaku Auditor.

Secara keseluruhannya sesi audit meliputi semua elemen berkaitan tenaga, air, sisa buangan, mobiliti dan penghijauan yang menyumbang kepada penurunan pelepasan karbon dalam pembangunan yang lestari.

UMPSA menyambut baik inisiatif ini dan kekal komited untuk memperkukuh usaha kelestarian sejajar dengan aspirasi negara serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).


Print   Email