Mesyuarat Kerja Pemurnian Format Data Institusi Universiti Awam Sistem MyMoheS

mymohes6.jpgmymohes7.jpgmymohes2.jpgmymohes3.jpgmymohes4.jpgmymohes5.jpg
BANGI, 5-6 Mei 2026 – Mesyuarat Kerja Pemurnian Format Data Institusi Universiti Awam Sistem MyMoheS anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 5 hingga 6 Mei 2026 bertempat di Tenera Hotel. Program ini menghimpunkan wakil-wakil universiti awam bagi menyemak dan mengemaskini format data institusi di dalam Sistem MyMoheS agar ia mematuhi standard dan piawaian yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian.

UMPSA telah menghantar seramai empat (4) orang wakil yang terdiri daripada tiga (3) orang penyelaras data dan seorang pemilik data. Penyertaan ini bertujuan memastikan  data institusi UMPSA selaras dengan keperluan terkini yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai sesi perbincangan teknikal telah diadakan, termasuk penambahbaikan struktur data, pemurnian definisi indikator, serta kaedah pelaporan yang lebih sistematik dan efisien.

Hasil daripada mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan institusi dalam menyokong penyediaan data yang lebih tepat dan berstrategi, di samping meningkatkan kualiti serta prestasi pelaporan di peringkat nasional.

Secara keseluruhannya, penglibatan aktif UMPSA dalam mesyuarat ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan terhadap pengurusan data yang berkualiti, malah menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan tadbir urus data institusi.


Print   Email