ANUGERAH KECEMERLANGAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKKP)

LATAR BELAKANG

Sebagai universiti awam teknikal yang turut menghasilkan graduan di dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), UMPSA telah menjadikan KKP antara agenda utama universiti di mana anugerah ini telah dikenal pasti sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan pelaksanaan KKP di peringkat jabatan selaras dengan sasaran KKP UMPSA untuk membentuk budaya KKP yang proaktif dalam kalangan warga UMPSA.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

a) Mengiktiraf peranan dan usaha penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan oleh jabatan. dalam membentuk dan menambahbaik persekitaran kerja agar lebih selamat, kondusif dan tanpa risiko kesihatan kepada warga UMPSA;

b) Meningkatkan tahap kepuasan bekerja warga UMPSA yang akan diterjemahkan dalam bentuk peningkatan produktiviti, penyelidikan, kualiti kerja dan kualiti graduan; dan

c) Mengiktiraf komitmen dan usaha keras Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) – Jabatan dalam melaksanakan agenda KKP UMPSA.

KATEGORI ANUGERAH 

a) Kategori Pentadbiran (Sub-Kategori A & B)

b) Kategori Fakulti & Makmal (Sub-Kategori A & B)

c) Kategori Residen Pelajar

d) Kategori Ketua PTJ/ RP Terbaik

INSENTIF DAN HADIAH

RM9,000.00 (mengikut kategori)

Trofi

Sijil Penghargaan

PENYELARAS ANUGERAH :

En. Khairul Adlan Bin Ismail

Bahagian Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

094316765

 * Anugerah ini dinilai oleh:

Bahagian Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

TEMPOH PENILAIAN : Disember 2024 hingga Januari 2025


Print   Email