ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (AKIM)
LATAR BELAKANG
AKIM diwujudkan sebagai penghargaan kepada sumbangan dan jasa yang diberikan oleh warga kerja UMPSA terhadap penglibatan dalam aktiviti dan program libatsama industri dan masyarakat disamping sebagai pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan kebertanggungjawaban warga kerja UMPSA menyumbang ilmu dan kepakaran pembangunan industri dan komuniti. Ini selaras dengan hasrat Universiti untuk memberi insentif dan pengiktirafan bagi menggalakkan lebih ramai staf UMPSA supaya terus memberi komitmen yang padu dalam kegiatan libatsama antara Universiti dengan industri dan komuniti.
OBJEKTIF
Objektif Penanugerahan Kualiti Kerjasama Industri dan masyarakat adalah merupakan suatu pengiktirafan universiti dan penghargaan kepada warga kerja UMPSA yang telah bekerjasama secara aktif dengan industri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan (semua staf akademik dan staf bukan akademik).
KATEGORI DAN INSENTIF ANUGERAH
1. Anugerah Kualiti Kerjasama Industri – bagi Kategori Staf Akademik
2. Anugerah Kualiti Kerjasama Industri – bagi Kategori Sataf Bukan Akademik
3. Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat – bagi Kategori Staf Akademik
4. Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat – bagi Kategori Staf Bukan Akademik
5. Anugerah Kualiti Kerjasama Industri – bagi Jabatan
6. Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat – bagi Jabatan
7. Anugerah Kualiti Rakan Kerjasama Terbaik Industri
8. Anugerah Kualiti Rakan Kerjasama Terbaik Komuniti
INSENTIF DAN HADIAH