ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC)

LATAR BELAKANG

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) mula diperkenal di UMPSA pada tahun 2012. Ianya berasaskan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM). AKPM diberikan kepada agensi sektor awam yang telah berjaya menonjolkan kecemerlangan menyeluruh dalam pengurusan organisasi masing-masing serta mampu menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

a) Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap fakulti dan jabatan UMPSA;

b) Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang;

c) Menggalakan persaingan sihat antara fakulti dan jabatan bagi menilai tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan;

d) Memberi pengiktirafan kepada fakulti dan jabatan yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul.

KATEGORI DAN INSENTIF ANUGERAH

Hanya mempunyai satu anugerah sahaja. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf jabatan yang berjaya membudayakan kualiti secara menyeluruh.

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Wang Tunai RM 20,000.00, trofi dan sijil penghargaan.

KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 i) Terbuka kepada semua jabatan/fakulti di UMPSA;

ii) Mendapat pengesahan daripada ketua jabatan;

iii) Pencalonan mestilah bukan penerima anugerah ini bagi dua (2) tahun sebelum iaitu pada Hari Kualiti Inovasi 2023 dan Hari Kualiti Inovasi 2024.

KAEDAH PERMOHONAN

Jabatan/fakulti atau wakil jabatan/fakulti memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :
Borang Penyertaan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) Terkini.pdf

RUBRIK PENILAIAN

Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut : Rubrik Penilaian AKNC UMPSA 2025

TEMPOH PERMOHONAN

2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

PENYELARAS ANUGERAH :

Pn. Azlina Binti Abdul Mubin

Pejabat Naib Canselor

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

019-7363832


Print   Email