FPPSK UMPSA  

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Latar Belakang

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awan Bilangan 2 Tahun 2002. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang pada sepanjang tahun dinilai. Anugerah ini terbuka kepada semua staf sama ada tetap ataupun kontrak yang telah genap setahun penuh perkhidmatan pada hari terakhir penilaian dengan mendapat markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 90 peratus. Pemilihan dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia. Kuota Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah dihitung berdasarkan kepada jumlah 8 peratus daripada jumlah staf aktif pada tahun semasa.

Objektif

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Menghargai sumbangan cemerlang yang diberikan oleh staf;

  • Menjadi contoh kepada staf lain; dan

  • Menanam budaya kerja cemerlang.

Kriteria

  • Mendapat markah penilaian 90 peratus dan ke atas;

  • Tempoh perkhidmatan telah genap setahun pada tahun penilaian;

  • Staf tetap dan kontrak;

  • Bebas daripada pertuduhan, aduan atau tindakan tatatertib;

  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini dari tarikh akhir tahun penilaian (31 Disember);

  • Mempunyai rekod disiplin kehadiran yang baik sepanjang tahun penilaian berakhir 31 Disember; dan

  • Sumbangan staf kepada jabatan, universiti, komuniti, daerah, negeri dan negara.

Insentif dan Hadiah

  • Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan

  • Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000.00.

Panel Penilai

  • Dinilai atau dipilih oleh Panel Penilai Peringkat PTJ (Jawatankuasa Pra-APC) berdasarkan kepada kriteria; dan

  • Disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM).

ANUGERAH PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIAL

Latar Belakang

Anugerah Penyelidikan, Inovasi dan Komersial diwujudkan sebagai salah satu inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian staf akademik dalam menghasilkan penerbitan dan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi yang berpotensi untuk dikomersialkan dalam usaha untuk memacu pembangunan negara ke arah kemajuan teknologi dan daya saing global.

Penganugerahan ini juga dilihat sebagai salah satu inisiatif bagi tujuan membudayakan penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan staf akademik di UMPSA yang akhirnya dapat membantu universiti dalam mencapai objektif strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik UMPSA 25.

Objektif

  • Sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan staf akademik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan;

  • Sebagai pemangkin dan motivasi kepada staf akdemik UMPSA dalam meningkatkan pencapaian cemerlang dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan;

  • Sebagai galakan pembudayaan penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan staf akademik di UMPSA; dan

  • Sebagai satu inisiatif dalam usaha untuk meningkatkan visibility dan reputasi UMPSA dalam aspek penyelidikan, inovasi dan komersial sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Kategori Anugerah

  • Anugerah Penerbitan Jurnal Terbaik

  • Anugerah Penerbitan Buku Terbaik

  • Anugerah Geran Penyelidikan Luar (Geran Antarabangsa/Industri/Agensi) Terbaik

  • Anugerah Harta Intelek Yang Dikormesial

  • Anugerah Projek Perundingan Terbaik

Insentif dan Hadiah

Hadiah Wang Tunai, Trofi dan Sijil Penghargaan

ANUGERAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DI UMPSA

Latar Belakang

Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT 2011-2015 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 27 Oktober 2011 merupakan satu langkah penting bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan di peringkat pengajian tinggi.  Perkara ini dilaksanakan bagi memantapkan dan meningkatkan peranan serta fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT 2023-2030 ini adalah seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Dengan itu wujud kesinambungan dari peringkat pendidikan asas sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Anugerah Memartabatkan Bahasa Melayu ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong agenda Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti awam (UA) 2023-2030 di bawah inisiatif 2.3.2 iaitu pengiktirafan bagi fakulti dan individu oleh UA yang menjayakan usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Berikut adalah sasaran yang merujuk kepada inisiatif di bawah pengiktirafan kepada fakulti dan individu bagi menjayakan usaha ini:

  • Sasaran merujuk kepada bilangan pengiktirafan yang diberikan oleh UA setiap tahun kepada ahli akademik yang menyumbang usaha pemartabatan bahasa Melayu; dan

  • Pengiktirafan boleh diberikan dalam bentuk sijil penghargaan, geran, anugerah dan sebagainya; dan

  • Pengiktirafan yang diberikan boleh dijadikan salah satu kreteria bagi pencalonan anugerah di peringkat kementerian.

Objektif

  • Pengiktirafan ini dapat menggalakkan lebih ramai ahli akademik di UMPSA untuk menghasilkan penulisan di dalam bahasa Melayu; dan

  • Pengiktirafan ini dapat menggalakkan UMPSA untuk melaksanakan program dan menggiatkan aktiviti dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama.

Kategori Anugerah

  • Kategori PTJ

  • Kategori Individu

Insentif dan Hadiah

RM1,500.00, Trofi dan Sijil Penghargaan (setiap kategori)

ANUGERAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Latar Belakang

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S yang telah dilaksanakan sebelum ini. Komponen utama EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik beberapa elemen baharu. EKSA tidak bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S tetapi sebalik adalah untuk menambah baik elemen Amalan 5S dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

EKSA memberikan keutamaan kepada imej korporat sesebuah jabatan melalui kualiti kerja yang dipamerkan. Ia juga menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi memastikan anggota pekerja bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik. Melalui EKSA, semua anggota pekerja dituntut untuk sentiasa berusaha bagi penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif. Amalan hijau juga perlu dibudayakan inisiatif yang dapat mengurangkan pembaziran dan meminimumkan pencemaran alam sekitar.

Objektif

  • Meningkatkan produktiviti dan penyampaian sistem perkhidmatan yang cekap;

  • Memberikan kepuasan kepada para pelanggan dalaman dan luaran yang berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan serta produk;

  • Meningkatkan imej UMPSA hasil dari persekitaran kerja yang berkualiti yang akan menyumbang kepada penghasilan perkhidmatan yang efisien dan efektif; dan

  • Memberi motivasi kepada organisasi dan staf untuk bekerja dengan lebih cemerlang melalui tempat kerja mereka bersih, kemas, selesa, teratur dan sistematik.

Kategori Anugerah

  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Pertama)

  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Kedua)

  • Kategori Zon Terbaik (Tempat Ketiga)

Anugerah ini diberikan kepada tiga PTJ teratas yang mendapat markah minimum 80 peratus markah ke atas setelah melalui audit yang dijalankan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. 

Insentif dan Hadiah

  • Tempat pertama: RM1,000.00

  • Tempat kedua: RM700.00

  • Tempat ketiga: RM500.00

  • Trofi

  • Sijil Penghargaan

ANUGERAH PERSONALITI MASYARAKAT (APM)

LATAR BELAKANG

Anugerah ini merupakan penghargaan dan sanjungan kepada individu dan orang luar yang menyumbang kepada masyarakat dan melalui UMPSA. Fokus utama kepada masyarakat setempat dalam kalangan warga universiti dan orang luar yang berkecimpung secara aktif dan berterusan mendekati serta menyantuni masyarakat dalam dan luar universiti yang bersahsiah tinggi serta berkeperibadian unggul. Begitu juga keterlibatan sumbangan dalam kegiatan kemasyarakatan seperti misi kemanusiaan, bantuan kemasyarakatan, pembangunan insan, kebudayaan, pembangunan fasiliti, persatuan atau pertubuhan kemasyarakatan, kawasan rukun tetangga dan kesukarelawanan

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk :

a) Memberi pengiktirafan kepada warga UMPSA dan orang luar melalui UMPSA yang telah menyumbang khidmat bakti kepada nama baik Universiti.

b) Menggalakkan warga UMPSA dan orang luar menjadi warga yang berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat.

c) Mengenalpasti ikon masyarakat yang boleh menjadi suri teladan dalam konteks pembangunan insan.

KATEGORI ANUGERAH

Kategori Anugerah Personaliti Masyarakat ini secara individu sahaja lelaki dan wanita.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Terbuka kepada semua staf UMPSA atau orang luar melalui program UMPSA.

b) Telah berkhidmat dengan UMPSA sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas bagi warga UMPSA atau ;

c) Orang luar melalui UMPSA yang telah menyumbang khidmat bakti kepada nama baik Universiti.

d) Borang penyertaan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan; dan

e) Pengiktirafan dari badan yang berkepentingan.

PENCALONAN

•  Urusetia akan mencalonkan peserta atau dicalonkan oleh staf lain atau boleh mencalonkan diri sendiri

•  Pencalonan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan

KRITERIA PENILAIAN

1) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan masyarakat.

2) Sumbangan kepakaran dan keilmuan yang memberi kesan kepada komuniti.

3) Nilai peribadi yang unggul dan dikenali di kalangan komuniti setempat.

4) Memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan pendanaan.

5) Penilaian sumbangan sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum atau tahun semasa.

6) Diperakukan oleh badan berkepentingan.

NILAI IMBUHAN

•  RM 1500 bagi setiap kategori

•  Trofi dan Sijil Penghargaan

•  Diberi penghormatan dalam majlis-majlis rasmi/utama UMPSA

•  Gambar beliau dipamerkan di Galeri UMPSA atau di tempat – tempat yang sesuai.

KAEDAH PERMOHONAN

•  Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :
    ANUGERAH PERSONALITI MASYARAKAT

TEMPOH PERMOHONAN

2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

RUBRIK PENILAIAN

•  Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut :
    RUBRIK APM

Penyelaras Anugerah :

En. Helmi bin Mohamed Isa

Jabatan Pendaftar

09-431 6797