ANUGERAH PERSONALITI MASYARAKAT (APM)

LATAR BELAKANG

Anugerah ini merupakan penghargaan dan sanjungan kepada individu dan orang luar yang menyumbang kepada masyarakat dan melalui UMPSA. Fokus utama kepada masyarakat setempat dalam kalangan warga universiti dan orang luar yang berkecimpung secara aktif dan berterusan mendekati serta menyantuni masyarakat dalam dan luar universiti yang bersahsiah tinggi serta berkeperibadian unggul. Begitu juga keterlibatan sumbangan dalam kegiatan kemasyarakatan seperti misi kemanusiaan, bantuan kemasyarakatan, pembangunan insan, kebudayaan, pembangunan fasiliti, persatuan atau pertubuhan kemasyarakatan, kawasan rukun tetangga dan kesukarelawanan

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk :

a) Memberi pengiktirafan kepada warga UMPSA dan orang luar melalui UMPSA yang telah menyumbang khidmat bakti kepada nama baik Universiti.

b) Menggalakkan warga UMPSA dan orang luar menjadi warga yang berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat.

c) Mengenalpasti ikon masyarakat yang boleh menjadi suri teladan dalam konteks pembangunan insan.

KATEGORI ANUGERAH

Kategori Anugerah Personaliti Masyarakat ini secara individu sahaja lelaki dan wanita.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Terbuka kepada semua staf UMPSA atau orang luar melalui program UMPSA.

b) Telah berkhidmat dengan UMPSA sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas bagi warga UMPSA atau ;

c) Orang luar melalui UMPSA yang telah menyumbang khidmat bakti kepada nama baik Universiti.

d) Borang penyertaan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan; dan

e) Pengiktirafan dari badan yang berkepentingan.

PENCALONAN

•  Urusetia akan mencalonkan peserta atau dicalonkan oleh staf lain atau boleh mencalonkan diri sendiri

•  Pencalonan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan

KRITERIA PENILAIAN

1) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan masyarakat.

2) Sumbangan kepakaran dan keilmuan yang memberi kesan kepada komuniti.

3) Nilai peribadi yang unggul dan dikenali di kalangan komuniti setempat.

4) Memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan pendanaan.

5) Penilaian sumbangan sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum atau tahun semasa.

6) Diperakukan oleh badan berkepentingan.

NILAI IMBUHAN

•  RM 1500 bagi setiap kategori

•  Trofi dan Sijil Penghargaan

•  Diberi penghormatan dalam majlis-majlis rasmi/utama UMPSA

•  Gambar beliau dipamerkan di Galeri UMPSA atau di tempat – tempat yang sesuai.

KAEDAH PERMOHONAN

•  Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :
    ANUGERAH PERSONALITI MASYARAKAT

TEMPOH PERMOHONAN

2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

RUBRIK PENILAIAN

•  Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut :
    RUBRIK APM

Penyelaras Anugerah :

En. Helmi bin Mohamed Isa

Jabatan Pendaftar

09-431 6797


Print   Email