Anugerah e-Pembelajaran Universiti (APU), yang dimulakan oleh Pusat Pengajaran Sumber dan e-Pembelajaran (CIReL), Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA), merupakan salah satu anugerah tahunan berprestij Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk e-Pembelajaran.
Anugerah e-Pembelajaran
Terdapat dua kategori:
Anugerah e-Pembelajaran Fakulti/Pusat
Anugerah Micro Credentials
Anugerah ini menghargai sumbangan penting fakulti dan pusat kepada kejayaan e-pembelajaran UMPSA. Penghargaan ini melambangkan komitmen berterusan untuk kecemerlangan sekaligus memupuk inovasi dalam teknologi pendidikan. Ia juga memberi inspirasi kepada Subject Matter Expert (SME) bagi inovasi pengajaran & pembelajaran serta komuniti UMPSA.
Matlamat bagi penganugerahn ini adalah untuk memupuk budaya e-pembelajaran yang inovatif, serta kreativiti dalam pendekatan pedagogi. Anugerah yang berprestij ini juga dapat mengukuhkan identiti UMPSA dalam mencapai kecemerlangan, sekaligus dapat meningkatkan reputasi universiti dan mempamerkan kesungguhan dan dedikasi warga UMPSA untuk membentuk masa depan pendidikan melalui teknologi dan akademik.
Objektif Anugerah e-Pembelajaran Universiti (APU)
Mengiktiraf kecemerlangan, kepakaran dan pengamalan terbaik bagi e-pembelajaran oleh warga akademik UMPSA yang berfokuskan kepada inovasi pengajaran dan pembelajaran.
Menginspirasikan inovasi dan meningkatkan akses serta fleksibiliti ahli akademik dalam inovasi teknologi pendidikan UMPSA, terutamanya untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Menggalakkan staf akademik UMPSA mempertingkatkan usaha memupuk kecemerlangan modal insan berkualiti melalui pengajaran, penyeliaan, pembelajaran dan banyak lagi.