Anugerah Sukan mula diperkenal di UMPSA pada tahun 2012. Ianya diberikan kepada individu atau kumpulan/berpasukan yang berjaya menonjolkan dan mencapai kecemerlangan didalam sukan yang diceburi di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
OBJEKTIF
Objektif penganugerahan ini adalah untuk
Menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh staf dalam mengharumkan nama universiti dalam sukan yang diceburi
Menghantar mesej kepada staf bahawa universiti juga memberikan tumpuan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi’
Meningkatkan imej UMPSA melalui pencapaian penglibatan staf dalam sukan yang diceburi di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa
Memberi motivasi kepada organisasi dan staf untuk terus aktif dalam sukan yang diceburi supaya lebih proaktif dan effisien dalam menjalankan tugas harian melalui tubuh badan yang sihat.
KATEGORI DAN INSENTIF ANUGERAH
Anugerah Atlet Terbaik (Lelaki & Wanita)
a. Wang tunai RM 1,000.00, trofi dan sijil penghargaan
Anugerah Pasukan Terbaik (Lelaki & Wanita)
a. Wang tunai RM2,000.00, trofi dan sijil penghargaan
Anugerah Kepimpinan Sukan
a. Wang tunai RM1,000.00, trofi dan sijil penghargaan
KRITERIA PEMILIHAN
Anugerah Atlet Terbaik (Lelaki & Wanita)
a. Mewakili universiti dan mendapat pingat di peringkat antara universiti/ setara pada tahun dinilai (SUKUM, SUKANUN, INTERVASITI)
b. Mewakili negeri di peringkat kebangsaan dan mendapat pingat yang telah diiktiraf Persatuan Sukan Kebangssan (MAKSAK, SUKMA, KELAB)
c. Mewakili negara di peringkat antarabangsa
d. Kejohanan sukan peringkat dalaman universiti atau setara (INTER PTJ, KEJOHANAN TERTUTUP PAHANG, KELAB.)
Anugerah Pasukan Terbaik (Lelaki & Wanita)
a. Mewakili universiti dan mendapat pingat di peringkat antara universiti/ setara pada tahun dinilai (SUKUM, SUKANUN, INTERVASITI)
b. Mewakili negeri di peringkat kebangsaan dan mendapat pingat yang telah diiktiraf Persatuan Sukan Kebangssan (MAKSAK, SUKMA, KELAB)
c. Mewakili negara di peringkat antarabangsa
d. Kejohanan sukan peringkat dalaman universiti atau setara (INTER PTJ, KEJOHANAN TERTUTUP PAHANG, KELAB.)
e. Konsisten dalam prestasi sukan (pencapaian)
f. Konsisten dalam pengurusan latihan
Anugerah Kepimpinan Sukan
Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang telah lama bergiat cergas dalam sukan dan telah menyumbangkan tenaga secara berterusan, masa dan wang ringgit demi kemajuan dan kerjayaan sukan.
Memegang jawatan tertinggi/ahli jawatankuasa dalam Persatuan Sukan Negeri atau Kebangsaan.
Pentadbir atau pernah turut serta dalam penganjuran sebarang kejohanan sukan berimpak tinggi.
Individu yang menujukkan mutu kepimpinan yang terpuji.
Memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam urusan atau kegiatan teknikal sukan.
Individu yang memberi perkhidmatan dan sumbangan yang luar biasa ke arah kemajuan sukan
Individu yang berjasa dan sentiasa menjadi sumber inspirasi ke arah, kemajuan sukan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i. Terbuka kepada semua staf tetap dan staf kontrak UMPSA.
ii. Mendapat pengesahan daripada ketua jabatan
iii. Boleh mencalonkan diri sendiri, dicalonkan oleh rakan sekerja atau Ketua Jabatan
iv. Setiap calon hanya boleh memenangi penganugerahan selama dua (2) tahun berturut-turut sahaja
v. Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat perakuan yang telah disahkan oleh pihak yang berkenaan atau gambar berkaitan. (Persatuan Sukan, Penganjur kejohanan dan sijil)
KAEDAH PERMOHONAN
Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut : Anugerah Sukan UMPSA
Calon atau wakil calon menghantar borang pencalonan yang lengkap dan disahkan ketua jabatan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.