ANUGERAH PENULISAN RENCANA TERBAIK (APRT)

LATAR BELAKANG

Anugerah Penulisan Rencana Terbaik (APRT) mula diperkenalkan di UMPSA pada tahun 2016, Anugerah ini diberikan kepada staf akademik dan pentadbiran yang berperanan untuk berkongsi kepakaran, komentar atau pandangan melalui saluran komunikasi dengan menghasilkan bahan penulisan, menyalurkan pendapat dan pandangan mengikut bidang kepakaran masing-masing untuk diterbitkan di dalam media massa, media cetak mahupun portal atas talian (online) yang dipercayai. APRT merupakan platform untuk menghargai staf UMPSA yang menunjukkan keunggulan dalam menghasilkan rencana bertaraf tinggi, sama ada dalam bidang akademik, pentadbiran, atau isu semasa yang berkaitan dengan universiti.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

i. Menggalakkan Budaya Penulisan Berkualiti dan memberi pengiktirafan kepada staf UMPSA yang menghasilkan penulisan rencana berkualiti tinggi, kreatif, serta bermaklumat.

ii. Mendorong staf UMPSA untuk berkongsi idea, kajian, dan pengalaman melalui penulisan yang inovatif dan berimpak.

iii. Menekankan kepentingan kemahiran komunikasi bertulis yang berkesan sebagai alat menyampaikan mesej, mempengaruhi pembaca, dan menyumbang kepada pembangunan      intelektual.

iv. Meningkatkan imej UMPSA hasil dari persekitaran kerja yang berkualiti yang akan menyumbang kepada penghasilan perkhidmatan yang efisien dan efektif.

v. Menggalakkan staf untuk berkongsi pengetahuan, pandangan, dan kepakaran mereka kepada khalayak umum melalui medium penulisan yang berkesan.

KATEGORI DAN INSENTIF ANUGERAH

Anugerah Kualiti Penulisan Rencana Terbaik (Kejuruteraan, Sains dan Teknologi)

     a. Tempat Pertama - Wang tunai RM1,000.00, trofi dan sijil penghargaan

     b. Tempat Kedua - Wang tunai RM700.00, trofi dan sijil penghargaan

     c. Tempat Ketiga - Wang tunai RM500.00, trofi dan sijil penghargaan

Anugerah Kualiti Penulisan Rencana Terbaik (Kenegaraan, Sains Sosial dan Kemanusiaan)

     a. Tempat Pertama - Wang tunai RM1,000.00, trofi dan sijil penghargaan

     b. Tempat Kedua - Wang tunai RM700.00, trofi dan sijil penghargaan

     c. Tempat Ketiga - Wang tunai RM500.00, trofi dan sijil penghargaan

KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i)  Terbuka kepada semua staf akademik dan pentadbiran UMPSA, sama ada secara tetap, kontrak, atau sementara;

ii)  Rencana yang dihantar mestilah karya asli peserta dan belum pernah memenangi mana-mana anugerah lain sebelum ini;

iii)  Rencana mestilah telah diterbitkan di platform rasmi seperti laman web universiti, buletin, majalah, surat khabar, atau jurnal dalam tempoh yang ditetapkan.

iv)  Rencana boleh ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan penggunaan bahasa yang profesional dan sesuai.

v)  Peserta mesti memastikan rencana tidak melanggar hak cipta, dan jika ada sumber lain dirujuk, kredit sewajarnya mesti diberikan.

vi)  Penyertaan hanya diterima dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur. Rencana yang dihantar selepas tarikh akhir tidak akan dipertimbangkan.

vii)  Pencalonan mestilah bukan penerima anugerah ini bagi dua tahun sebelum iaitu pada Hari Kualiti Inovasi 2023 dan Hari Kualiti Inovasi 2024.

KAEDAH PERMOHONAN

Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut : Borang_Penulisan_Rencana 2025.pdf

Calon atau wakil calon menghantar borang pencalonan yang lengkap dan disahkan ketua jabatan keThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

RUBRIK PENILAIAN

Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut : RUBRIK APRT 2025- 2.pdf

TEMPOH PERMOHONAN

2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

PENYELARAS ANUGERAH :

Puan Mimi Rabita Binti Abd Wahit

Pusat Komunikasi Korporat

09-431 5000

 


Print   Email