ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC)
LATAR BELAKANG
Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) mula diperkenalkan di UMPSA pada tahun 2012. Ia berasakan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM). AKPM diberikan kepada agensi sektor awam yang telah berjaya menonjolkan kecemerlangan menyeluruh dalam pengurusan organisasi masing-masing dan mampu menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
OBJEKTIF
- Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap fakulti dan jabatan UMPSA;
- Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang;
- Menggalakkan persaingan sihat di antara fakulti dan jabatan bagi menilai tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan;
- Memberi manfaat kepada fakulti dan jabatan menilai tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan; dan
- Memberi pengiktirafan kepada fakulti dan jabatan yang menunjukan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan dan unggul.
KATEGORI ANUGERAH
Anugerah AKNC mempunyai satu anugerah sahaja. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf jabatan yang berjaya membudayakan kualiti secara menyeluruh.
INSENTIF DAN HADIAH
- RM 20,000.00
- Trofi
- Sijil Penghargaan
KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i) Terbuka kepada semua jabatan/fakulti di UMPSA;
ii) Mendapat pengesahan daripada ketua jabatan;
iii) Pencalonan mestilah bukan penerima anugerah ini bagi dua (2) tahun sebelum iaitu pada Hari Kualiti Inovasi 2023 dan
Hari Kualiti Inovasi 2024.
KAEDAH PERMOHONAN
Jabatan/fakulti atau wakil jabatan/fakulti memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :
Borang Penyertaan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) Terkini.pdf
RUBRIK PENILAIAN
Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut :
Rubrik Penilaian AKNC UMPSA 2025
TEMPOH PERMOHONAN
2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025
PENYELARAS ANUGERAH
Pn. Azlina Binti Abdul Mubin
Pejabat Naib Canselor
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
09-4315992