TAKLIMAT PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN DATA SETARA UMPSA 2025 BERSAMA PEMILIK DATA

PEKAN, 11 Disember 2025 – Taklimat Penyediaan dan Penghantaran Data Setara UMPSA 2025 telah selesai dilaksanakan oleh Pusat Penarafan & Data. Sesi ini diadakan bagi memastikan penyelarasan yang lebih sistematik dalam penyediaan data bagi penilaian SETARA University 2025.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Profesor Dr. Irene Ting Wei Kiong, Pengarah Pusat Penarafan & Data, bersama-sama barisan staf Pusat Penarafan & Data yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan semakan data.
Sesi yang berlangsung dari 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari ini menghimpunkan Pemilik Data dari pelbagai jabatan dan pusat tanggungjawab. Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan ketepatan, kecekapan dan kualiti data yang dikemukakan, sekali gus menyokong usaha universiti dalam pengurusan data yang cekap serta meningkatkan prestasi penarafan UMPSA.
Pusat Penarafan & Data merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, kerjasama dan sokongan berterusan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan penyediaan data SETARA UNIVERSITY 2025.