Sesi Libat Urus UMPSA30 Kluster Mahasiswa & Alumni

11 Mac 2026 – Sesi Libat Urus UMPSA30 bagi Semakan Inisiatif dan Bajet Kluster Mahasiswa & Alumni telah berlangsung pada jam 12.00 tengah hari dengan penyertaan barisan pengurusan dan pemilik inisiatif di bawah kluster berkenaan.

Sesi ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TNC HEPA), Penolong Timbalan Naib Canselor (PTNC HEPA), Pengarah Kanan serta para Pengarah di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), selain turut disertai oleh pemilik KPI dan sekretariat yang terlibat.

Penganjuran sesi ini bertujuan menyemak serta memastikan keselarasan pelaksanaan inisiatif dan cadangan bajet bagi Kluster Mahasiswa & Alumni, selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategik UMPSA30. Sesi ini juga menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh perancangan dan penyelarasan inisiatif agar dapat dilaksanakan secara lebih terancang, berfokus dan sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan oleh universiti.

Kluster_Mahasiswa.jpg

Kluster_Mahasiswa2.jpg