Sesi Libat Urus UMPSA30 Kluster Akademik

11 Mac 2026 – Satu Sesi Libat Urus UMPSA30 telah dilaksanakan bagi Semakan Inisiatif dan Bajet Kluster Akademik yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Bendahari.

Sesi ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (TNC AA), Pengarah Kanan serta para Pengarah di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA). Turut hadir ialah pemilik KPI serta sekretariat yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan inisiatif strategik universiti.

Sesi libat urus ini bertujuan meneliti serta menyemak keselarasan inisiatif dan cadangan peruntukan bajet bagi Kluster Akademik, selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategik UMPSA30. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan program strategik universiti dapat digerakkan secara lebih tersusun, berfokus dan sejajar dengan pencapaian sasaran KPI universiti.

Kluster_Akademik1.jpg

Kluster_Akademik2.jpg