Sesi Libat Urus Bersama FTKMA

9 Mac 2026 – Satu Sesi Libat Urus bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) telah diadakan bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas berhubung pelaksanaan perancangan strategik universiti.

Sesi ini dihadiri oleh Dekan FTKMA bersama Timbalan-Timbalan Dekan, yang turut berkongsi input dan cadangan penambahbaikan berkaitan inisiatif strategik yang dirancang. Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada pelarasan serta pemantapan inisiatif agar selaras dengan hala tuju dan keutamaan strategik universiti.

Sesi libat urus ini menjadi platform penting dalam memastikan setiap perancangan strategik yang akan dilaksanakan dapat diperkukuh melalui pandangan kepimpinan fakulti, sekali gus menyokong pencapaian sasaran yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sesi_FTKMA2.jpg

Sesi_FTKMA.jpg