Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Horizon Baharu Peringkat UMPSA Kali Ke-3 Tahun 2025

Johan_FISTXpert_resize.jpgNaib_Johan_Eureka_X_resize.jpgTempat_Ketiga_RemakeCreative_resize.JPG
KIK Horizon Baharu berjaya membentuk budaya kerja yang inovatif dalam kalangan warga UMPSA

21 November 2025 | Dewan Astaka UMPSA Gambang

Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Horizon Baharu Peringkat UMPSA Kali Ke-3 Tahun 2025 berjaya membentuk budaya kerja yang inovatif dalam kalangan warga UMPSA.

Program anjuran Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti ( PPSK) ini berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang staf bertanding melibatkan 15 kumpulan dari pelbagai PTJ dan Fakulti dalam sesi penjurian yang berlangsung mulai 19 November hingga 21 November 2025.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah disampaikan Penolong Naib Canselor (Strategik Kualiti), Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh.

Turut hadir dalam majlis pada hari ni Ketua Pustakawan, Cik Kamariah Gono dan Pengarah Kanan (Kualiti dan Penarafan), Profesor Ir. Dr. Norazwina binti Zainol dan Pengarah Kanan (Pelan Strategik dan Risiko), Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Faiz bin Mohd Turan.

Menurut Profesor Ts. Dr. Kamal, program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ini amat penting bagi sesebuah universiti kerana ia berperanan besar dalam meningkatkan kecekapan, kualiti perkhidmatan, serta membentuk budaya kerja yang inovatif dalam kalangan warga universiti.

“Melalui pelaksanaan KIK, staf digalakkan mengenal pasti masalah dalam proses kerja harian dan mencari penyelesaian yang kreatif bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan pembaziran masa, kos dan sumber,” katanya yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Ujar beliau, program KIK ini turut membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar,pensyarah dan masyarakat, menjadikannya lebih efisien dan mesra pengguna.

Selain itu, memupuk semangat kerjasama serta komunikasi berkesan antara jabatan, sekali gus memperkukuhbudaya kerja berpasukan dan keharmonian organisasi.

Di samping itu, penglibatan aktif universiti dalam aktiviti KIK mampu meningkatkan imej dan reputasi institusi melalui pencapaian inovasi yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis menyaksikan johan bagi Konvensyen KIK Horizon Baharu UMPSA Kali Ke-3 2025 dimenangi kumpulan FISTXpert dari Fakulti Sains Teknologi Industri (FSTI) dengan projek bertajuk Lab Innovation for Transport (Lif-T).

Manakala Naib Johan pula diungguli oleh kumpulan EUREKAX, dari Pusat Sains Matematik dengan projek Inovasi Lipatan Heksagon Formula Matematik (Math Honeycomb).

Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi dengan projek inovasi Catatan Elektronik Rekod Digital Akses Sistematik (CERDAS).

Dua panel juri telah dilantik bagi penilaian KIK kali ini iaitu Encik Syamsul Khoir Bin Md Ridzuan, Penolong Setiausaha (Seksyen Pembudayaan Inovasi), Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ts. Muhaimin Mustaqim Bin Jamaludin, Penolong Setiausaha Kanan (Seksyen Kualiti), Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Berikut merupakan senarai pemenang dan anugerah khas yang dipertandingkan:

Kumpulan Popular: D-SQUAD, DiTEC

Slaid Terbaik: SUJANA KIRANA, Pusat Bahasa Moden

Prop Persembahan Terbaik: 3π, Pusat TVET Termaju

Prop Persembahan Terbaik: THE VICTORY, Pusat Sains Kemanusiaan

Montaj Terbaik: EurekaX, Pusat Sains Matematik

Montaj Terbaik: Intelligent Geek, Jabatan Bendahari

Khas Juri: Smart Lab Ventures, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam

Khas Juri: MECHAMOTO, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Makanikal & Automotif

Khas Juri: De Guardia, Pusat Keselamatan

Persembahan Terbaik: FISTXpert, Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Hadiah Harapan : DYNAMES, Jabatan Perpustakaan

Hadiah Harapan : LOGDRIVE, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta