JERAYAWARA BAHAGIAN PENARAFAN & DATA, PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK & KUALITI KE PUSAT SAINS MATEMATIK

Satu sesi jerayawara anjuran Bahagian Penarafan & Data telah berlangsung dengan jayanya ke Pusat Sains Matematik pada 23 Julai 2025 (Rabu) secara dalam talian.

Sesi telah dihadiri warga akademik dari Pusat Sains Matematik bagi memberi pendedahan terhadap kriteria utama pengiktirafan QS World University Rankings by Subject. Taklimat berkaitan penarafan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penarafan dan Data, Profesor Madya Dr. Irene Ting Wei Kiong.  Selain itu, peranan penyelidikan dalam memperkukuh reputasi global turut diperjelaskan oleh Prof. Chm. Dr. Chong Kwok Feng, Pengarah Pusat Strategi dan Pembangunan Penyelidikan, Jabatan Penyelidikan & Inovasi.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan turut serta secara aktif dalam sesi soal jawab dan perbincangan. Diharapkan sesi jerayawara ini membantu dalam memperkukuhkan kecemerlangan dan mempertingkatkan lagi pencapaian university di masa akan datang.

JERAYAWARA_2.pngJERAYAWARA_3.pngJERAYAWARA_4.pngJERAYAWARA_1.png