Bengkel Pemerkasaan Reputasi Antarabangsa

arer_gambar3.png
GAMBANG, 27 April 2026 – Dalam usaha memperkukuh kedudukan universiti di peringkat global, Pusat Penarafan & Data, UMPSA telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Reputasi Antarabangsa yang berlangsung di Dewan Tun Teja, UMPSA Kampus Gambang.

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan oleh Profesor Dr. Irene Ting Wei Kiong, Pengarah (Pusat Penarafan dan Data, UMPSA). Turut dijemput sebagai penceramah jemputan ialah Profesor Dr. Goh Khang Wen (Pro Naib Canselor (Jaringan Global), Universiti Antarabangsa INTI) yang telah berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan strategi pengukuhan reputasi institusi di peringkat antarabangsa.

Program ini telah menghimpunkan warga akademik dari fakulti serta pusat tanggungjawab di UMPSA bagi membincangkan pendekatan yang lebih bersepadu dalam meningkatkan visibiliti serta impak universiti di peringkat global.

Antara fokus utama bengkel adalah bagi memperkukuh pemahaman dan strategi dalam memperkukuh kedudukan universiti di peringkat antarabangsa dan penambahbaikan pengurusan data bagi pelaporan data yang lebih sistematik. Sesi ini turut membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik dari penceramah serta perbincangan konstruktif dalam kalangan peserta.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan UMPSA dalam memperkukuh reputasi antarabangsa, selaras dengan aspirasi universiti untuk terus cemerlang di persada global.