Bengkel Juruaudit Dalaman EKSA UMPSA Tahun 2026


PEKAN, 14 Januari 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Bahagian Pengurusan Kualiti, PPSK, telah menganjurkan Bengkel Juruaudit Dalaman EKSA UMPSA Tahun 2026. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 13 Januari 2026 sehingga 14 Januari 2026 diadakan di Dewan Latihan 1, Bangunan DiTec UMPSA Pekan.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan kefahaman mendalam kepada para juruaudit mengenai kaedah pengauditan mengikut format Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang ditetapkan oleh MAMPU. Selain itu, ia merupakan persediaan penting bagi menjayakan Hari Kualiti & Inovasi (HKI) 2026 yang dijadualkan pada 21 Mei 2026, di mana Anugerah EKSA bakal disampaikan kepada para pemenang.

Antara pengisian utama bengkel ini termasuklah:

1. Latihan Amali (Hands-on): Peserta didedahkan dengan teknik pengauditan secara praktikal berdasarkan teori yang dipelajari.

2. Sesi Mock Audit : Peserta menjalankan simulasi audit di zon-zon terpilih untuk merasai pengalaman sebenar proses pengauditan.

3. Penulisan Laporan : Sesi perkongsian kaedah penulisan laporan penemuan dan cadangan penambahbaikan.

4. Bimbingan Pakar : Mendapatkan khidmat rundingan luar bagi mengenalpasti isu dan permasalahan pengauditan mengikut piawaian.

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada juruaudit EKSA lantikan baharu dan sedia ada menyertai bengkel ini. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu kelestarian amalan EKSA secara konsisten di universiti, sekaligus menyokong pencapaian sasaran strategik Pelan Pembangunan Universiti (PPU) melalui OS 5A(5).