ANUGERAH SUKAN

LATAR BELAKANG

Tujuan anugerah ini diwujudkan adalah untuk menghantar mesej kepada staf bahawa universiti juga memberikan tumpuan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Ia diharap dapat menjadi pemangkin aktiviti sukan pada peringkat universiti dengan menobatkan atlet-atlet universiti. Ia juga sebagai usaha menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh atlet-atlet universiti yang telah mengharumkan nama universiti. Melalui pengiktirafan ini juga diharapkan akan dapat merangsang ke arah penjagaan kesihatan dan kecergasan melalui aktiviti sukan.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Anugerah ini sebagai pemberi dorongan dan motivasi kepada atlet-atlet UMPSA agar sentiasa meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang sukan dan rekreasi;
  • Menunjukkan komitmen UMPSA ke arah meningkatkan mutu dan pencapaian sukan universiti; dan
  • Mengenang dan menghargai usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan aktiviti sukan.

KATEGORI ANUGERAH

Atlet Terbaik Lelaki dan Wanita

Kategori ini diberikan kepada individu yang sentiasa mencapai tahap prestasi cemerlang dalam arena sukan bagi tahun berkenaan dan telah mengharumkan nama universiti.

Pasukan Terbaik

Anugerah ini dikurniakan kepada pasukan sukan yang mencapai tahap kejayaan yang tinggi dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri atau universiti.

Anugerah Kepimpinan Sukan

Anugerah ini dikurniakan kepada orang perseorangan yang cemerlang dalam daya kepimpinannya ke arah kemajuan sukan universiti dan terlibat dengan pembangunan dan penganjuran sukan pada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

INSENTIF DAN HADIAH 

a. Atlet Terbaik Lelaki dan Wanita                            

  • RM1,000.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

b. Anugerah Kepimpinan Sukan

  • RM1,000.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

c. Berpasukan Terbaik Lelaki dan Wanita

  • RM1,000.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Terbuka kepada semua staf tetap dan staf kontrak UMPSA.
  • Mendapat pengesahan daripada ketua jabatan
  • Boleh mencalonkan diri sendiri, dicalonkan oleh rakan sekerja atau Ketua Jabatan
  • Setiap calon hanya boleh memenangi penganugerahan selama dua (2) tahun berturut-turut sahaja
  • Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat perakuan yang telah disahkan oleh pihak yang berkenaan atau gambar berkaitan. (Persatuan Sukan, Penganjur kejohanan dan sijil)

KAEDAH PERMOHONAN

Calon atau wakil calon memuat turun borang pencalonan di pautan berikut :
Anugerah Sukan UMPSA

Calon atau wakil calon menghantar borang pencalonan yang lengkap dan disahkan ketua jabatan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

RUBRIK PENILAIAN

Rubrik penilaian boleh di akses melalui pautan berikut : Rubrik Anugerah Sukan

TEMPOH PERMOHONAN
2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

PENYELARAS ANUGERAH

En. Abu Sufian Bin Mokhtar
Penolong Pegawai Belia & Sukan Kanan
Pusat Sukan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
013-9453521