ANUGERAH KUALITI PENYELIDIKAN
LATAR BELAKANG
Anugerah Kualiti Penyelidikan merupakan satu anugerah yang diberikan kepada fakulti berdasarkan pencapaian dalam penilaian MyRA Fakulti. Pencapaian ini dipantau oleh Jawatankuasa Penarafan Universiti yang bersidang 4 kali setahun dan dipengerusikan oleh Naib Canselor.
Pengiktirafan bagi anugerah ini disampaikan semasa Majlis Anugerah Cendekia Bitara yang berlangsung pada setiap tahun. Memandangkan Majlis Anugerah Cendekia Bitara telah dimansuhkan, pengiktirafan bagi anugerah ini di cadangkan untuk dibawa masuk ke Hari Kualiti dan Inovasi.
INSENTIF DAN HADIAH
- RM3,000.00
- Trofi
- Sijil Penghargaan
PENILAIAN
- Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang memenuhi kriteria kualiti penyelidikan yang ditetapkan berdasarkan Glosari MyRA.
- Anugerah adalah berdasarkan data rekod rasmi yang dikemukakan oleh pihak Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK).
PENYELARAS ANUGERAH
Pn. Norul Fadilah Binti Abdullah
Eksekutif Kanan
Jabatan Penyelidikan & Inovasi
09-431 6047
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.