ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (AKIM)

LATAR BELAKANG

Tujuan anugerah ini diwujudkan sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh warga UMPSA dan juga rakan industri atau komuniti terhadap keterlibatan dalam aktiviti dan program libat sama industri komuniti di samping sebagai pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan kebertanggungjawaban warga UMPSA menyumbang ilmu dan kepakaran pembangunan industri dan komuniti.

OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UMPSA yang telah bekerjasama secara aktif dengan industri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan (semua staf akademik dan staf bukan akademik);
  • Memberi pengiktirafan kepada individu dalam kalangan staf akademik dan staf pengurusan, profesional dan pelaksana yang aktif dalam persatuan atau pertubuhan dalam dan luar UMPSA serta aktif dalam memberi khidmat kepada masyarakat secara sukarela; dan
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakan industri atau masyarakat atas kerjasama mampan dalam pelaksanaan program atau projek jaringan industri dan komuniti berimpak tinggi.

KATEGORI ANUGERAH

Kategori Staf Akademik, Staf Bukan Akademik dan Jabatan

  • Anugerah Kualiti Kerjasama Industri
  • Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat

INSENTIF DAN HADIAH

  • RM1,500.00
  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

KATEGORI ANUGERAH 

  • Anugerah Rakan Industri Terbaik
  • Anugerah Rakan Komuniti Terbaik

INSENTIF DAN HADIAH 

  • Trofi
  • Sijil Penghargaan

KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i) Terbuka kepada semua staf UMPSA kecuali ahli seketariat AKIM;
ii) Mendapat pengesahan daripada ketua jabatan;
iii) Boleh mencalonkan diri sendiri, dicalonkan oleh rakan sekerja atau Ketua Jabatan;
iv) Pencalonan mestilah bukan penerima anugerah ini bagi dua tahun sebelum iaitu pada Hari Kualiti Inovasi 2023 dan Hari Kualiti Inovasi 2024.

KAEDAH PERMOHONAN

Borang permohonan & panduan pencalonan boleh didapati https://shorturl.at/UPS7b

TEMPOH PERMOHONAN
2 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025

PENYELARAS ANUGERAH

Pusat Jaringan Industri & Masyarakat
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
09-431 5041