PENGANJURAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) FORMAT HORIZON BAHARU KALI PERTAMA TAHUN 2023 DI UMPSA

PENGANJURAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) FORMAT HORIZON BAHARU KALI PERTAMA TAHUN 2023 DI UMPSA

PENGANJURAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) FORMAT HORIZON BAHARU KALI PERTAMA TAHUN 2023 DI UMPSA

 

Kuantan 7-8 November 2023. Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) berjaya menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang menggunakan format Horizon Baharu kali pertama bagi tahun 2023 di UMPSA. Konvensyen selama dua hari tersebut berlangsung. pada 7-8 November 2023 yang diadakan di Dewan Bankuet, CTAR Pekan

Konvensyen ini merupakan pelantar bernilai kepada warga UMPSA untuk berkongsi idea serta usaha menyelesaikan permasalahan di tempat kerja secara kreatif melalui penerokaan idea yang berpotensi dan inovatif dengan menggunakan tools yang terkini seperti Design Thinking, Blue Ocean Strategy, PDCA dan sebagainya. Selain itu menerusi kumpulan KIK, kita dapat memaparkan idea-idea yang terbaik dalam kalangan staf sehingga mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan dan di tempat kerja.

Senarai pemenang dan penerima anugerah adalah seperti berikut;

 

Hadir dalam Majlis Perasmian dan Penutup Konvensyen KIK HB 2023 ini adalah Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK), Prof. Madya Ir. Dr. Norazwina Zainol.

Konvensyen ini diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada En. Husaini A. Razab dari UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu, Pn. Noor Diyana Hayati Binti Kamudin, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MoSTI) dan Ts. Muhaimin Mustakim Bin Jamaludin dari Seksyen Kualiti, Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta konvensyen KIK yang menyaksikan pemenang dan penerima anugerah membawa pulang trofi, wang tunai dan sijil penyertaan.

Semoga berjumpa lagi dalam Konvensyen KIK HB UMPSA 2024 yang akan datang.

 

kik2.jpg 

 

 

 


Print   Email